• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Turut Beli Vaksin Russia, China

oleh
26/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Selepas vaksin keluaran Pfizer, Malaysia meneruskan usaha mendapatkan bekalan vaksin dari pengeluar vaksin Russia dan China untuk mengawal Covid-19.

Kali ini, Kementerian Kesihatan (KKM) yang mewakili Kerajaan Malaysia menandatangani dokumen bersama dua syarikat pembekal vaksin iaitu syarikat Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd. (PLS) dan Duopharma (M) Sdn. Bhd. 

Dokumen yang ditandatangani semalam, bagi perolehan sebanyak 18.4 juta dos vaksin yang meliputi 28.75 peratus daripada populasi rakyat Malaysia.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menandatangani bagi pihak KKM, manakala Pengarah Urusan PLS, Datuk Zulkarnain Md Eusope dan Pengarah Urusan Kumpulan Duopharma Biotech Berhad, Leonard Ariff Abdul Shatar, masing-masing mewakili syarikat pembekal terbabit.

KKM dalam satu hantaran dimuatnaik melalui Facebook tadi, menyatakan Syarikat PLS akan membekalkan sebanyak 12 juta dos COVID-19 CORONAVAC, SARS-COV-2 Vaccine (Vero Cell) Inactivated yang dihasilkan oleh syarikat dari China, Sinovac Life Science Co. Ltd. 

Kenyataan itu menyebut, pembekalan vaksin itu dijangka dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai April ini manakala, Syarikat Duopharma (M) Sdn. Bhd. pula akan membekalkan sebanyak 6.4 juta dos vaksin Sputnik V yang dihasilkan oleh Gamaleya Research Institute of Epidemiology and Microbiology di Russia. 

“Vaksin ini dijangka akan mula dibekalkan secara berperingkat-peringkat mulai penghujung Mac 2021.

“Bagi vaksin COVID-19 CORONAVAC, SARS-COV-2 Vaccine (Vero Cell) Inactivated, setiap penerima akan diberikan dua dos suntikan vaksin iaitu suntikan dos kedua adalah selepas 14 hari dari dos pertama. 

“Dengan jumlah 12 juta dos ini, KKM menjangkakan liputan program imunisasi kepada 6 juta orang atau 18.75 peratus daripada jumlah populasi di Malaysia, yang berusia 18 tahun ke atas,” katanya.

KKM berkata, setiap penerima vaksin Sputnik V pula akan menerima sebanyak dua dos suntikan dengan suntikan dos kedua adalah selepas 21 hari dari dos pertama. 

Katanya, jumlah 6.4 juta dos vaksin Sputnik V dijangka dapat diberikan melalui program imunisasi kepada 3.2 juta orang atau 10 peratus daripada jumlah populasi di Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas.

Kenyataan itu juga menyebut, pembekalan vaksin daripada kedua-dua syarikat itu akan dimulakan selepas mendapat kelulusan dari Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (Drug Control Authority).

Sebelum ini KKM menandatangani perjanjian pembekalan vaksin dengan syarikat Pfizer dan AstraZeneca dengan jumlah dos vaksin masing-masing adalah sebanyak 24.28 juta dos dan 6.4 juta dos. 

KKM berkata, perolehan vaksin-vaksin berkenaan akan diselaraskan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang ketika ini dalam proses akhir mendapat kelulusan Kerajaan. 

Katanya, keutamaan Kerajaan adalah menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat bagi memastikan Malaysia bebas daripada COVID-19 selain pemulihan ekonomi negara. 

“Justeru, perolehan vaksin-vaksin ini membolehkan Kerajaan berada di landasan terbaik untuk mencapai keutamaan itu,” katanya. – myMetro Online

Tags: ChinaRussiavaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd