• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Mohon Batal Saman Isu Agong Tak Isytihar Darurat

oleh
21/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan hari ini memfailkan permohonan untuk membatalkan saman pemula seorang peguam berhubung keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang tidak bertindak atas nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengisytiharkan darurat tahun lalu.

Kerajaan memfailkan permohonan itu menerusi Peguam Persekutuan bagi memohon perintah bahawa saman pemula yang difailkan Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar, selaku plaintif, pada 30 Oktober tahun lalu dibatalkan mengikut Aturan 18 Kaedah 19(1)(b) atau (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan segala prosiding berhubung saman itu digantung sehingga pendengaran dan pelupusan permohonan itu.

Permohonan itu juga dibuat atas alasan bahawa saman pemula peguam terbabit adalah mengaibkan, remeh atau menyusahkan dan suatu penyalahgunaan proses mahkamah.

Jangan Risau… Klik Sini

Peguam Cara Negara, Datuk Abdul Razak Musa, menerusi afidavit sokongan yang difailkan bersama permohonan itu, berkata plaintif gagal mengenal pasti dalam permohonan berkenaan bahawa hak umum atau persendiriannya yang telah diingkari susulan keputusan itu, atau kerugian yang dialaminya secara peribadi akibat keputusan itu.

Katanya, saman plaintif tidak mengandungi sebarang relief yang akan memberi manfaat kepada mana-mana pihak dan hanya mengandungi persoalan umum dan akademik yang akan menjadikan pendengaran kes itu sia-sia serta membazirkan masa mahkamah.

“Peruntukan Perkara 150 (8) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas dan nyata mengecualikan bidang kuasa mahkamah ini untuk melayan atau memutuskan apa-apa permohonan untuk mempertikaikan atau mencabar apa-apa keputusan Al-Sultan Abdullah mengenai pengisytiharan darurat.

“Penentuan soalan-soalan (yang dibangkitkan dalam saman) itu tidak akan membawa apa-apa kesan ke atas keputusan berkenaan (keputusan Al-Sultan Abdullah untuk tidak menerima nasihat awal Muhyiddin untuk mengisytiharkan darurat),” katanya.

Syed Iskandar memfailkan saman pemula terhadap Kerajaan Malaysia, selaku defendan, yang antara lain memohon mahkamah memutuskan sama ada berdasarkan Perkara 40 dan 150 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai budi bicara sepenuhnya untuk tidak mengisytiharkan darurat walaupun Perdana Menteri atau Kabinet menasihatkan sebaliknya.

Plaintif juga memohon mahkamah memutuskan sama ada Akta A514 yang meminda Perkara 150 dengan menambah Fasal (8) dan (9) melanggar Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu, adalah terbatal serta tidak sah.

Pada 25 Oktober tahun lalu, Al-Sultan Abdullah bertitah tiada keperluan untuk darurat diisytiharkan di negara ini selepas mempercayai keupayaan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri untuk terus melaksanakan dasar serta tindakan penguatkuasaan bagi membendung penularan pandemik Covid-19. – BERNAMA

Tags: daruratKerajaansaman pemulaYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

3,170 Kes Baharu Covid-19, 12 Kematian Hari Ini

Next Post

16 Lagi Kluster Baharu Covid-19

Related Posts

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

01/05/2025
0

BET SHEMESH, Israel: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran bahawa kebakaran hutan yang merebak dengan pantas berhampiran Baitulmaqdis boleh...

Kesilapan Papar Gambar Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit Tak Boleh Diterima – Agong

Kesilapan Papar Gambar Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit Tak Boleh Diterima – Agong

16/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menegaskan kesilapan memaparkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit yang disiarkan dalam muka...

Next Post

16 Lagi Kluster Baharu Covid-19

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd