• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Joe Biden Angkat Sumpah Presiden AS

oleh
21/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Joe Biden, 78, sebentar tadi mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46 di hadapan Hakim Mahkamah Agung, John Roberts, di bangunan Capitol, Washington DC.

Terdahulu, Kamala Harris, 56, selaku wanita pertama dan individu pertama berketurunan Asia Selatan yang dilantik sebagai Naib Presiden AS, mengangkat sumpah di hadapan Hakim Mahkamah Agung, Sonia Sotomayor.

Bekas Presiden AS, Donald Trump, meninggalkan Washington tiga jam sebelum Biden mengangkat sumpah, sekali gus menjadi presiden pertama dalam 150 tahun yang tidak menghadiri majlis pelantikan penggantinya.

Jangan Risau… Klik Sini

Biden, yang juga bekas naib presiden AS dan Senator veteran, dilantik Presiden AS ke 46 di bangunan Capitol, lokasi sama yang melihat penyokong Trump merusuh dua minggu lalu membantah keputusan pilihan raya presiden AS pada 3 November lalu.

Kemenangan ini adalah penantian 34 tahun Biden, yang pertama kali mencuba nasib bertanding bagi jawatan Presiden AS pada 1987 dan pada usia 78 tahun, beliau juga adalah Presiden AS yang tertua.

Namun, buat pertama kali dalam sejarah 200 tahun, upacara angkat sumpah Presiden AS dan Naib Presiden dipilih, Kamala Harris, kurang meriah kerana kehadiran orang ramai terpaksa dihadkan berikutan pandemik COVID-19.

Malah, tragedi rusuhan penyokong Trump dua minggu lalu mendorong pihak berkuasa mengerahkan 25,000 anggota berkawal bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Laman di hadapan bangunan Capitol dihiasi kira-kira 200,000 bendera sebagai petanda simbolik menggantikan orang ramai yang tidak dapat dijemput bagi memeriahkan cara itu.

Sementara itu, Trump meminta rakyat AS mendoakan kejayaan pentadbiran yang bakal diterajui penggantinya, Biden, dalam ucapan menerusi rakaman video selepas hampir dua minggu menghilang. – Agensi

Tags: Joe BidenPresiden Amerika Syarikat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Biden Larang Kemasukan Kenderaan Pintar Dari China, Rusia Atas Faktor Keselamatan

Biden Larang Kemasukan Kenderaan Pintar Dari China, Rusia Atas Faktor Keselamatan

15/01/2025
0

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) yang akan tamat perkhidmatannya Joe Biden, pada Selasa mengumumkan larangan terhadap teknologi dari China...

Kanak-kanak Malaysia Tidak Cukup Belajar Di Sekolah – Laporan Bank Dunia

Biden Kekal Tidak Sokong Pencerobohan Di Rafah

29/04/2024
0

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengulangi pendirian tidak akan menyokong operasi Israel ke atas Rafah tanpa rancangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd