• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JAS Kenal Pasti 6 Ketidakpatuhan EIA

oleh
20/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kemusnahan alam sekitar di kawasan Hutan Simpan Segari Melintang, Manjung dipercayai berpunca daripada tapak projek kuari granit.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ia merupakan hasil siasatan awal  yang dijalankan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak ke atas kawasan hutan simpan itu pada Isnin lepas dan semalam.

“Siasatan awal mendapati terdapat enam ketidakpatuhan syarat kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) terutama melibatkan kerja-kerja tanah yang dijalankan tanpa mengikut pelan Langkah-langkah Pencehan Pencemaran dan Mitigasi Tanah (LD-P2M2),” katanya menerusi ciapan di laman Twitter rasminya hari ini.

Jangan Risau… Klik sini

Beliau berkata JAS Perak sedang melengkapkan kertas siasatan dan memanggil pihak-pihak berkaitan bagi tindakan lanjut.

Katanya JAS Perak juga telah memasang pita kordon dan mengeluarkan arahan di lapangan serta notis arahan untuk tindakan remedi.

Pada 17 Januari lepas, Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa) membawa media meninjau kawasan terlibat dan mendakwa Air Terjun Tanjung Batu Teluk Sera, Segari di Pantai Remis, Beruas terletak di hutan simpan berkenaan yang menjadi tarikan pelancongan, kini musnah hampir 90 peratus susulan aktiviti kuari sejak tahun lepas.

Susulan itu, kerajaan negeri telah mengarahkan sebarang kerja termasuk aktiviti kuari di kawasan air terjun berkenaan dihentikan sementara bagi menunggu hasil siasatan terhadap dakwaan tersebut. – BERNAMA

Tags: hutan simpan segari melintangJabatan Alam Sekitarprojek kuari
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JAS Sahkan Kualiti Air Tasik Chini Bersih

10/06/2021
0

KUANTAN - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang mengesahkan kualiti air Tasik Chini, Pekan sehingga kini dikategorikan bersih berdasarkan pemantauan yang...

JAS Nafi Kelulusan Laporan EIA Projek PSR 2 Hari

04/10/2019
0

PETALING JAYA - Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini menolak proses penilaian kesan alam sekitar (EIA) Projek Tebus Guna Tanah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd