• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Insiden Penerjun Maut, Polis Akan Minta Penjelasan PPj, KPWKM

oleh
02/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Polis Putrajaya akan mendapatkan penjelasan Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), berhubung insiden seorang penerjun tapak (base jump) maut ketika menjalani latihan petang semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali, berkata latihan untuk persediaan sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari depan itu tidak dimaklumkan kepada pihaknya terlebih dahulu oleh PPj mahupun pemilik bangunan terbabit.

Katanya, walaupun pihak berkenaan tidak perlu meminta kebenaran untuk melakukan latihan berkenaan, pemakluman kepada pihak polis membolehkan pihaknya mengambil langkah sewajarnya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Ia berikutan apabila mana-mana pihak menjalankan aktivti terjunan, mereka mungkin boleh terjatuh di atas jalan. Jika pihak kami dimaklumkan, saya boleh mengarahkan unit trafik membuat kawalan keselamatan.

“Bagaimanapun, apabila mereka tidak memaklumkan kepada kami dan jika berlaku sesuatu, tiada apa yang boleh kami lakukan.

“Justeru, kami akan meminta pihak terbabit untuk memberikan penjelasan berhubung perkara berkenaan,” katanya kepada pemberita ketika menjalankan Operasi Khas Basikal, di Dataran Putrajaya, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kes mangsa disiasat sebagai kematian mengejut.

Sementara itu, PPj dalam satu kenyataan, berkata latihan terjunan BASE yang dijadualkan antara 1 hingga 3 Januari ini adalah persiapan pasukan dalam acara Putrajaya BASE Jump 2021 (PBJ2021) sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang bakal diadakan pada 1 Februasi ini. 

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporatnya, Tengku Aina Tengku Ismail Shah, berkata BJ2021 adalah acara tahunan PPj yang julung kali diadakan pada tahun lalu.

Katanya, latihan yang diadakan semalam, membabitkan seramai lapan penerjun Kelab BASE ABABIL. 

“Kejadian berlaku sekitar jam 5.35 petang dan semua aspek keselamatan termasuk faktor cuaca sudah diambil kira. Penanda arah angin diletakkan di atas bangunan dan kawasan pendaratan.

“Hasil penelitian kepada arah dan kekuatan angin menunjukkan keadaan adalah selamat untuk melakukan terjunan. Sesi latihan ini mendapat kebenaran penggunaan ruang daripada pengurus bangunan terbabit serta PPj selaku penganjur dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Selain itu, Pasukan SMART Team juga dimaklumkan serta berada di lokasi latihan sebagai pasukan teknikal dan penyelamat,” katanya.

Tengku Aina berkata, penerjun yang maut, Azuan Taharudin, 49, pula penerjun terakhir daripada lima penerjun pada ketika itu dan ketika terjunan dilakukan, payung digunakannya terbuka serta secara tiba-tiba kelihatan hilang kawalan lalu menyebabkan mangsa terlanggar cermin bangunan beberapa kali sebelum terjatuh di tempat kejadian.

Beliau berkata, Azuan mempunyai pengalaman lebih daripada 18 tahun dalam sukan payung terjun dan 12 tahun dalam sukan BASE serta sudah melakukan 500 kali terjunan dari kapal dan lebih 300 kali terjunan BASE. 

Katanya, mangsa sering terbabit dalam acara terjunan di Putrajaya seperti Terjunan Kibaran Jalur Gemilang ke-62, Terjunan Jubli Perak 25 tahun Putrajaya, Putrajaya International Hot Air Balloon dan Putrajaya BASE Jump 2020.

“Perbadanan Putrajaya mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Azuan Taharudin,” katanya. – BH Online

Tags: base jumpKPWKMpenerjunPPJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Segera Lapor Jika Anak Jadi Mangsa Seksual Siber, KPWKM Jamin Lindungi Keselamatan, Mental Mangsa’ – Nancy

‘Segera Lapor Jika Anak Jadi Mangsa Seksual Siber, KPWKM Jamin Lindungi Keselamatan, Mental Mangsa’ – Nancy

19/11/2025
0

PETALING JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) meminta ibu bapa yang mempunyai anak terdedah gejala penganiayaan seksual dalam...

Dewan Negara Luluskan RUU Anti Gangguan Seksual

Dewan Negara Luluskan RUU Anti Gangguan Seksual

11/08/2022
0

PUTRAJAYA – Hasrat kerajaan untuk menyediakan undang-undang khusus bagi menangani isu gangguan seksual kini semakin hampir menjadi kenyataan selepas Dewan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd