• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Neelofa Batal Mohon Cap Dagang ‘Harimau Menangis’

oleh
14/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas dikritik ramai pihak, pemilik syarikat Noor Khan Enterprise, Noor Kartini Noor Mohamed membatalkan permohonan cap dagang bagi jenama ‘Harimau Menangis’.

Noor Kartini yang juga ibu selebriti terkenal Neelofa berkata, permohonan itu akan dibatalkan dalam masa terdekat.

“Saya memohon maaf dan sedar akan kekhilafan terjadi dan berharap keputusan yang saya buat hari ini dapat menjelaskan dan meredakan keadaan.

“Saya membuat keputusan untuk membatalkan permohonan ‘trademark’ nama Harimau Menangis dengan secepat mungkin.

“Tujuan asal saya memohon trademark ini adalah hanya untuk melindungi jenama perniagaan saya dan juga ejen jualan kami daripada masalah produk tiruan,” katanya dalam sidang media secara maya hari ini.

Noor Kartini berkata, dia tiada niat untuk menutup pintu rezeki sesiapa.

“Saya percaya rezeki kita masing-masing datangnya daripada Allah SWT.

“Diharap dengan penjelasan ini isu ini selesai dan tidak berpanjangan,” katanya.

Sebelum ini tular di media sosial usahawan itu mendakwa jenama ‘Harimau Menangis’ bagi produk keluarannya sudah didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan beliau mempunyai hak eksklusif ke atas cap dagangan nama berkenaan.

Dakwaan usahawan itu mendapat kecaman netizen yang rata-rata menyifatkan tindakan itu sebagai keterlaluan memandangkan sudah ramai menggunakan nama resepi masakan berasaskan daging ‘Harimau Menangis’ dalam produk mereka.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah MyIPO, Datuk Mohd Roslan Mahayudin tampil menjelaskan permohonan cap dagang bagi jenama ‘Harimau Menangis’ masih di peringkat pemeriksaan.

“Jenama yang dimohon pemilik syarikat itu, Noor Kartini Noor Mohamed belum diluluskan MyIPO dan belum menjadi hak eksklusif beliau.

“Sehubungan itu, Noor Kartini diminta tidak mendahului keputusan MyIPO dengan mendakwa jenama ‘Harimau Menangis’ didaftarkan sebagai cap dagangan dan menjadi hak eksklusif beliau,” katanya.

Mohd Roslan memaklumkan permohonan Noor Kartini bagi mendaftarkan jenama itu diterima MyIPO pada November tahun lalu. – myMetro Online

Tags: cap dagangharimau menangisibu NeelofaNoor Kartini Noor Mohamed
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Belanjawan 2021 Ditambah Baik Susulan PKP, Darurat

Next Post

Tengku Razaleigh Positif COVID-19

Related Posts

Polis Selangor Ambil Alih Siasatan Kes Babit Ibu Neelofa

31/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Kes siasatan membabitkan wanita yang juga ibu kepada seorang usahawan dan selebriti popular, Neelofa sudah diambil alih...

Ibu Lofa Seronok, Tudung Turban ‘Licin’ Dalam 2 Minit!

27/02/2018
0

JIKA dua tahun lalu, tudung koleksi raya Naelofar Hijab berjaya dijual sebanyak RM1.3 juta dalam masa tiga minit, tahun ini bagi...

Next Post

Tengku Razaleigh Positif COVID-19

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd