• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Data Vaksin Sinovac Akan Dikaji

oleh
14/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Semua perolehan vaksin ke dalam negara ini tertakluk kepada kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM). 

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata sekiranya kerajaan tidak berpuas hati dengan keselamatan serta keberkesanan vaksin berkenaan pihaknya tidak akan mengambil vaksin terbabit. 

Katanya, ia termasuk vaksin yang dikeluarkan oleh syarikat farmaseutikal China, Sinovac Biotech. 

“Data klinikal Sinovac baru sahaja dikeluarkan. Kami akan mengkaji data berkenaan sebelum memutuskan (untuk mengambil atau sebaliknya).

“Inilah sebabnya mengapa strategi kami menjadi portfolio dalam vaksin,” katanya dalam ciapan di Twitter.

Selain itu, Khairy berkata bagi memastikan negara ini mempunyai bekalan vaksin yang mencukupi serta mengurangkan masalah kawal selia dan pembuatan, kerajaan akan memperoleh vaksin COVID-19 itu lebih daripada satu sumber. 

“Tambahan pula tidak ada lagi pengeluar yang dapat memenuhi semua keperluan dan ini sama dengan kebanyakan negara,” katanya. 

Sementara itu, dalam ciapannya yang berlainan, Khairy turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Indonesia kerana memperoleh vaksin Sinovac lebih awal. 

“Selamat maju jaya kepada Indonesia. Indonesia dapat vaksin Sinovac awal sebab menjadi negara di mana vaksin berkenaan diuji dalam ujian klinikal sebelum didaftar. 

“Brazil, Turki juga buat ujian klinikal Sinovac sebab jumlah kes mereka yang tinggi tahun lalu,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan ujian klinikal Brazil mendapati vaksin Sinovac yang dikeluarkan oleh China berkesan 50.4 peratus. 

Bulan lalu, menerusi vaksin yang sama Turki mengatakan ia berkesan sebanyak 91.25 peratus manakala di Indonesia 65.3 peratus keberkesanannya. – BH Online

Tags: KKMNPRASinovacvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd