• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

60% Pemegang AP Import Daging Dimiliki Syarikat Bumiputera

oleh
26/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LANGAT – Sebanyak 60 peratus daripada jumlah keseluruhan pemegang permit import (AP) daging terdiri daripada syarikat dimiliki oleh golongan bumiputera, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Beliau berkata antara pemegang AP daging syarikat bumiputera ialah Ramly Food Processing Sdn Bhd dan Darabif Meat Company yang berkeupayaan mengimport daging dalam jumlah besar.

“Daripada segi jumlah daging yang diimport, ia bergantung kepada keupayaan syarikat berkenaan. Dua syarikat ini berupaya mengimport daging dalam kuantiti yang besar dan mampu bersaing dengan syarikat bukan bumiputera,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke pusat pengumpulan hasil tanaman Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang dilaporkan media baru-baru ini mengatakan hanya 10 peratus pemegang AP daging terdiri daripada syarikat bumiputera.

Sementara itu, mengulas mengenai syarikat pemegang AP disenarai hitam kerana melanggar syarat, Kiandee berkata pihaknya masih menunggu hasil siasatan daripada agensi berkaitan.

“Kita masih menunggu hasil siasatan. Kes berkaitan AP daging ini sedang disiasat oleh beberapa agensi antaranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Kastam Diraja Malaysia serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

“Jika terdapat pelanggaran syarat AP ini, MAFI akan mengambil tindakan tegas,” katanya.

Baru-baru ini, MAFI dilaporkan sedia membatalkan AP syarikat yang didapati terlibat dalam kartel pengedaran daging sejuk beku tanpa sijil halal dan tidak akan bertolak ansur jika ada kakitangan kementerian itu terbabit dalam isu berkenaan. – BERNAMA

Tags: Daging Importpermit import APsyarikat bumiputera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Panggil Saksi Isu Kartel Daging Sejuk Beku

18/01/2021
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil 27 saksi berhubung isu kartel daging sejuk beku membabitkan pekerja syarikat,...

Kerajaan Runding Bersama Pengimport, Pengedar Daging

11/01/2021
0

SHAH ALAM - Kerajaan mengadakan rundingan meja bulat bersama pengimport dan pengedar daging serta produk daging pada Isnin sebagai salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd