• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4,008 Positif Covid-19, 11 Kematian Hari Ini

oleh
20/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kes harian positif Covid-19 kembali melepasi 4,000 dengan bilangan 4,008 kes dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif 169,379 kes.

“Kes aktif pula adalah 41,087,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Jangan Risau… Klik Sini

Menurutnya, daripada jumlah kes baharu, terdapat lima kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala 4,003 adalah penularan tempatan.

“Ia melibatkan 2,802 warganegara dan 1,201 warga asing,” katanya.

Kes harian tertinggi direkodkan pada 16 Januari lalu dengan 4,029 kes dan hanya membabitkan lapan kes import.

Beliau berkata, Selangor kekal negeri tertinggi melaporkan kes harian positif iaitu 1,319 kes diikuti Kuala Lumpur 513 kes dan 470 kes di Johor.

Sabah melaporkan 406 kes, Sarawak (203), Negeri Sembilan (176), Perak (170), Kedah (142), Melaka (132), Pulau Pinang (124), Kelantan (121), Terengganu (81), Pahang (52), Putrajaya (23) dan Perlis (tiga) serta Labuan (satu).

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 113 kes yang dilaporkan adalah berkaitan kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara.

Ia membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan 48 kes, Kluster Tembok Nanas (45), Kluster Tembok Mempaga (Enam ), Kluster Telok Mas (lima), Kluster Tembok Kemus (lima), Kluster Penjara Seberang Perai (tiga), dan Kluster Damai Pelangi (satu).

Tambahnya, bilangan kes yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) terus meningkat dengan 246 kes termasuk 96 pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

KKM turut melaporkan 11 kematian berkaitan Covid-19 di seluruh negara.

“Jumlah keseluruhan kes kematian adalah 630 kes,” katanya.

Sementara itu, sebanyak 2,374 kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 dilaporkan.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 127,662 kes,” katanya.

Pada perkembangan sama, terdapat 16 kluster baharu Covid-19 dilaporkan melibatkan 11 kluster tempat kerja dan lima kluster komuniti.

Kluster berkenaan antaranya adalah Bestari Rantau dan Tapak Bina Jalan Abdul Aziz di Selangor, Jalan KKIP Selatan serta Kampung Balutan yang dikenal pasti di Sabah.

“Sehingga hari ini, sebanyak 685 kluster dilaporkan dan 367 telah diisytiharkan tamat manakala jumlah kluster yang aktif adalah 318,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Covid-19CPRCKKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd