• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Projek Infrastruktur Bakal Lonjak Ekonomi Kelantan – Mustapa

oleh
19/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Tiga projek infrastruktur yang dibangunkan di Kelantan akan mengubah landskap ekonomi negeri ini sekali gus meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan penduduk. 

Tiga projek berkenaan ialah pembinaan Jambatan Palekbang – Kota Bharu, pembangunan semula Kampung Laut dan pembangunan bersepadu di kawasan Tok Bali, Pasir Puteh. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata semua projek berkenaan dilaksanakan di bawah Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

“Projek pembinaan Jambatan Palekbang – Kota Bharu menelan kos sebanyak RM250 juta kini dalam proses reka bentuk dan dijangka siap pada penghujung November 2023.

“Jambatan ini akan menjadi pemangkin pembangunan semula Kampung Laut yang dijadikan Kampung Warisan yang mana akan turut ditempatkan semula Masjid Kampung Laut di lokasi asalnya,” katanya hari ini. 

Terdahulu beliau mengadakan lawatan bersama Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob untuk meninjau perkembangan projek strategik Kerajaan Persekutuan itu di tapak projek Jambatan Palekbang – Kota Bharu dan Pembangunan Semula Kampung Laut di sini. 

Beliau turut mengadakan lawatan ke Pangkalan Bekalan Tok Bali (TBSB) dan Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali dan mendengar taklimat berkaitan rangka strategik pembangunan kawasan itu. 

Mustapa berkata, Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali akan dibangunkan sebagai tempat pemprosesan tuna bagi mewujudkan peluang pekerjaan baharu untuk penduduk setempat dan menyumbang ke arah jaminan makanan negara.

Sementara itu, Ahmad berkata, Jambatan Palekbang – Kota Bharu akan menjadi pemangkin kepada pembangunan semula Kampung Laut menerusi pembangunan Kampung Warisan yang berkonsepkan ‘muzium hidup’ membabitkan pembinaan dua kompleks komersial iaitu Laman Warisan dan Laman Seni. 

“Fasa 1 projek yang membabitkan kos sebanyak RM40 juta kini sudah siap 73 peratus dan akan siap sepenuhnya menjelang Januari 2022. 

“Antara komponen utama dalam projek ini adalah berkaitan pemindahan semula Masjid Kampung Laut yang berusia kira-kira 300 tahun dan ia adalah sebahagian daripada usaha untuk mengekalkan nilai sejarah, budaya dan seni bina masjid itu sekali gus menjadikannya mercu tanda warisan di Kelantan,” katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata, Jambatan Palekbang – Kota Bharu akan menjadi pemangkin kepada pembangunan semula Kampung Laut menerusi pembangunan Kampung Warisan yang berkonsepkan ‘muzium hidup’ membabitkan pembinaan dua kompleks komersial iaitu Laman Warisan dan Laman Seni. 

“Fasa 1 projek yang membabitkan kos sebanyak RM40 juta kini sudah siap 73 peratus dan akan siap sepenuhnya menjelang Januari 2022. 

“Antara komponen utama dalam projek ini adalah berkaitan pemindahan semula Masjid Kampung Laut yang berusia kira-kira 300 tahun dan ia adalah sebahagian daripada usaha untuk mengekalkan nilai sejarah, budaya dan seni bina masjid itu sekali gus menjadikannya mercu tanda warisan di Kelantan,” katanya. – BH Online

Tags: EkonomiKelantanMustapa Mohamedprojek infrastruktur
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Siasat Kafe Hias Dinding Guna Wajah Pemimpin Komunis

Next Post

UMNO Putrajaya Sokong Muhyiddin

Related Posts

Projek Tebatan Banjir Di Kelantan Disegerakan – PM

Projek Tebatan Banjir Di Kelantan Disegerakan – PM

12/04/2025
3

BACHOK: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan menyegerakan projek tebatan banjir di Kelantan bagi menyelesaikan masalah banjir yang saban...

Tinjauan Ekonomi Malaysia Untuk 2025 Dan Jangkaan Masa Depan

Tinjauan Ekonomi Malaysia Untuk 2025 Dan Jangkaan Masa Depan

27/03/2025
0

Meta Deskripsi: Terokai tinjauan ekonomi Malaysia untuk 2025. Ketahui pemacu utama pertumbuhan, risiko yang berpotensi, dan perubahan dasar yang boleh...

Next Post

UMNO Putrajaya Sokong Muhyiddin

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd