• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

17 MPV Kejar Kereta Pengedar Dadah

oleh
27/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki tempatan yang disyaki mengedar dadah ditahan ketika cuba melarikan diri selepas dikejar 17 kereta peronda polis (MPV) di Kilometer 58, Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, lelaki berusia 45 tahun yang memandu Toyota Altis itu ditahan di susur keluar Simpang Renggam, Kluang pada jam 8 malam.

Katanya, pemeriksaan dalam kenderaan yang dipandu suspek turut menjumpai sejumlah dadah disyaki syabu dan pil ekstasi.

“Jumlah keseluruhan rampasan dadah dianggarkan bernilai RM50,000.

“Kejadian berlaku ketika anggota polis dari Cawangan MPV Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBS melakukan tugas ronda cegah jenayah dan Kawalan Pergerakan Covid-19.

“Semasa rondaan di Jalan Lembing, Taman Sri Tebrau pada jam 7.15 malam, mereka melihat sebuah kereta berwarna putih dalam keadaan mencurigakan.

“Anggota polis bertindak mengarahkan suspek memberhentikan kenderaan namun suspek bertindak memecut bagi tujuan melarikan diri ke arah Jalan Kasa dan keluar ke Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Timur Johor (EDL) dengan memandu dalam keadaan berbahaya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, dalam kejadian terbabit, anggota polis itu dibantu oleh anggota polis dari Cawangan MPV dengan membabitkan 17 kereta peronda polis dari lima daerah.

“Ia membabitkan lapan MPV dari IPD JBS, lima MPV IPD Johor Bahru Utara serta masing-masing sebuah MPV dari IPD Iskandar Puteri, IPD Kulai dan IPD Kluang serta dari Peronda Lebuhraya.

“Polis berjaya menahan suspek di Kilometer 58, Lebuhraya Utara Selatan arah utara. Hasil semakan mendapati kenderaan yang digunakan suspek didaftarkan atas nama syarikat kereta sewa.

“Semakan rekod jenayah mendapati suspek mempunyal beberapa rekod jenayah dan kes dadah. Suspek ditahan reman selama tujuh hari hingga 2 Februari depan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952. – myMetro Online

Tags: kereta peronda polispengedar dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengedar Dadah Rempuh 5 Kenderaan Ketika Mengelak Polis

Pengedar Dadah Rempuh 5 Kenderaan Ketika Mengelak Polis

08/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki disyaki pengedar dadah nekad merempuh lima kenderaan selepas dikejar polis di bandar raya ini, semalam. Berdasarkan rakaman...

2 Pengedar Dadah Dicekup, 54kg Ganja Dirampas

2 Pengedar Dadah Dicekup, 54kg Ganja Dirampas

18/07/2024
1

Serdang : Kegiatan dua lelaki mengedar ganja di sekitar Lembah Klang sejak enam bulan lalu ditumpaskan selepas ditahan pihak berkuasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd