• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

16 Bekas Ahli UMNO Cabar Keputusan RoS, Bukan Parti Politik

oleh
25/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Enam belas bekas ahli UMNO mencabar keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang memberikan pelanjutan masa untuk UMNO mengadakan pemilihannya dan bukan keputusan parti politik itu, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diberitahu hari ini.

Peguam mereka Mohamed Haniff Khatri Abdulla berhujah bahawa kesemua ahli UMNO terbabit bukan mencabar keputusan dalaman parti politik itu secara langsung.

Beliau berkata kumpulan itu mencabar keputusan RoS atas alasan pelanjutan masa yang diberikan dicemari dengan kepenyalahan undang-undang, keadaan tidak rasional dan prosedur yang salah.

Jangan Risau… Klik Sini

Mohamed Haniff Khatri berhujah bahawa hakim Mahkamah Tinggi dan panel hakim Mahkamah Rayuan telah menyalahletakkan kebergantungan terhadap Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966.

Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan 16 bekas ahli UMNO terbabit untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman mencabar kesahan parti politik itu atas alasan Seksyen 18C menyatakan bahawa seorang ahli tidak boleh membawa pertikaian berkaitan parti ke mahkamah.

Bekas ahli UMNO terbabit ialah Salihudin Ahmad Khalid, Noorhalimi Yahya, Mariam Mohd Ishak, Mohd Hafami Hanif, Saharudin Tukiman, Azaid Jani, Normalawati Hassan, Radiana Abd Manaf, Mohd Rafeek Rahim, Nurul Hanna Mohd Suhot, Kamarul Abd Wahid, Mohd Hikamal Md Hassim, Muzamzamir Abd Wahab, Norizam Jamaludin, Rohani Ahmad dan Muhamad Hafizi Hashim.

Mohamed Haniff Khatri juga berkata Seksyen 18C tidak terpakai dalam kes ini kerana ia tidak membabitkan keputusan RoS dan hanya terpakai kepada keputusan parti politik.

Terdahulu, panel Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed membangkitkan isu sama ada keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan adalah betul dari segi fakta apabila bergantung kepada Seksyen 18C serta sama ada seksyen itu relevan dengan persoalan undang-undang yang terdapat dalam rayuan ini.

Turut bersidang Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Abdul Rahman Sebli, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Rhodzariah Bujang. Prosiding itu berlangsung menerusi aplikasi Zoom.

Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan pula berhujah perayu sebenarnya mencabar keputusan parti politik itu sambil menambah permohonan itu dibuat bagi melangkau Seksyen 18C.

Mahkamah turut mendengar hujah berhubung isu locus standi (atau hak perundangan) bekas ahli UMNO terbabit untuk memfailkan semakan kehakiman dan sama ada perkara itu bersifat akademik.

Datuk Wira Mohd Hafarizam Harun, yang mewakili Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berhujah bahawa isu yang dibangkitkan perayu berhubung keputusan anak guamnya yang memberikan pelanjutan masa bagi mengadakan pemilihan parti tidak lagi wujud kerana ia telah dijalankan di semua peringkat pada Jun 2018.

Beliau berkata oleh itu, remedi daripada mahkamah tidak lagi diperlukan kerana ia akan menjejaskan semua pihak dalam parti tersebut dan menambah bahawa kesemua perayu tidak mempunyai locus standi kerana keahlian mereka telah ditamatkan.

Kesemua 16 bekas ahli UMNO telah memfailkan permohonan untuk kebenaran memulakan semakan kehakiman dan menamakan RoS serta Ab Rauf, dalam kapasiti beliau sebagai penjawat awam, selaku responden.

Antara lain, mereka memohon perintah certiorari bagi membatalkan keputusan RoS seperti yang diumumkan menerusi kenyataan media bertarikh 5 Mac 2018 dalam memberikan UMNO pelanjutan masa untuk mengadakan pemilihan parti sehingga 19 April 2019, yang melepasi tempoh maksimum.

Mereka selanjutnya memohon perintah mandamus bagi memaksa RoS membubarkan sementara UMNO dan menggantung semua aktiviti parti itu sehingga semakan kehakiman tersebut selesai.

Pada 27 April 2018, Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan kumpulan itu untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman dan mereka juga gagal di peringkat Mahkamah Rayuan pada November 2018.

Tahun lepas, Mahkamah Persekutuan memberikan kebenaran kepada mereka untuk meneruskan rayuan berhubung dua persoalan perundangan.

Mahkamah itu akan menetapkan tarikh lain untuk menyambung pendengaran rayuan tersebut dan semua pihak diarah memasukkan hujah tambahan berhubung isu sama ada Seksyen 18C terpakai dalam semakan kehakiman berkenaan. – BERNAMA

Tags: mahkamahROSUMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Minyak Sawit Perlu Dapat Layanan Adil Di Peringkat Global

Next Post

11 Kematian, Kes Pulih Atasi Jangkitan Baharu Covid-19

Related Posts

UMNO Sudah Terima Surat Peletakan Jawatan Tengku Zafrul

UMNO Sudah Terima Surat Peletakan Jawatan Tengku Zafrul

31/05/2025
0

SERIAN: UMNO sudah menerima surat peletakan jawatan ahli Majlis Kerja Tertinggi parti itu, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz....

Bapa Dihadap Ke Mahkamah Dakwaan Cederakan Anak lelaki

Bapa Dihadap Ke Mahkamah Dakwaan Cederakan Anak lelaki

11/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencederakan anak lelakinya yang berusia 13...

Next Post

11 Kematian, Kes Pulih Atasi Jangkitan Baharu Covid-19

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd