• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vaksin AstraZeneca Dijual Pada Harga Kos, Tiada Untung

oleh
23/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Syarikat farmaseutikal United Kingdom (UK), AstraZeneca menjual 6.4 juta dos vaksin kepada Malaysia, tanpa mengaut sebarang keuntungan daripada proses perolehan. 

Presiden Negara AstraZeneca Malaysia, Dr Sanjeev Panchal, ketika mengesahkan perkara itu berkata vaksin ‘AZD1222’ yang akan menampung bekalan sebanyak 10 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara ini dijangka dibekalkan menjelang separuh pertama tahun depan.

“Sebanyak 6.4 juta dos vaksin AZD1222 daripada AstraZeneca/University of Oxford dijual tanpa sebarang keuntungan, ketika tempoh pandemik.

“Apabila kerajaan, sektor swasta dan akademik saling bekerjasama, banyak kejayaan berupaya dilakar demi melindungi nyawa rakyat serta mewujudkan Malaysia yang lebih sihat,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam mengumumkan bahawa kerajaan memeterai perjanjian dengan AstraZeneca bagi memperoleh 6.4 juta dos vaksin COVID-19 atau tambahan sebanyak 10 peratus.

Pertambahan itu sekali gus menjadikan bekalan vaksin yang bakal diperoleh ketika ini ialah 40 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara ini, bersandarkan bekalan firma farmaseutikal Pfizer, AstraZeneca dan Pelan peruntukan vaksin COVID-19 global, COVAX.

Susulan perjanjian kedua perolehan vaksin itu, Sanjeev berkata AstraZeneca akan memperluaskan kapasiti pengeluaran global syarikat berkenaan bagi menjamin aspek bekalan AZD1222 untuk Malaysia.

“Ini selari kemajuan fasa percubaan klinikal di Amerika Syarikat (AS), UK, Brazil, Afrika Selatan, Jepun dan Russia. 

“Keputusan analisis interim program fasa ketiga kendalian University of Oxford menunjukkan vaksin ini selamat dan berkesan dalam menangani gejala COVID-19, selain berupaya mengekang risiko kesihatan serta dimasukkan ke hospital,” katanya.

Sanjeev berkata, pihaknya bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk mendapatkan kelulusan kawal selia vaksin, berteraskan fakta sains. – BH Online

Tags: AstraZenecavaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd