• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Ustaz Budak’ Ditahan Lagi

oleh
24/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Seorang pengetua madrasah yang dikenali sebagai ‘Ustaz Budak’ ditahan semula, susulan polis menerima dua laporan berkaitan kes cabul yang dilakukan terhadap dua bekas pelajar lelakinya pada 2018.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, penahanan semula dibuat semalam sebelum suspek berusia 32 tahun direman selama tiga hari bermula hari ini.

Katanya, penahanan itu dilakukan susulan pihaknya menerima dua laporan polis berkaitan kejadian cabul oleh suspek terhadap bekas pelajarnya.

“Laporan polis berkenaan dibuat di Selangor dan Pulau Pinang. Kedua-dua mangsa adalah bekas pelajar suspek yang belajar di pondok di Machang,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, mengikut keterangan mangsa, kejadian berlaku kira-kira 1 pagi pada Mei 2018 selepas selesai ceramah di Terengganu dan mangsa bersama enam rakan dikatakan diarah mengikut suspek balik ke rumahnya. 

“Mangsa diarahkan oleh suspek untuk tidur bersamanya di dalam bilik kerana mahu menjalankan rawatan Islam terhadap diri mangsa yang mengalami sakit gangguan,” katanya. 

Ketika di dalam bilik itu, suspek meminta mangsa membuka seluar dan melakukan seks oral. Kejadian yang sama berulang sebanyak dua kali di tempat yang sama selang beberapa hari daripada kejadian pertama, katanya.

Mengulas lanjut Shafien berkata, keterangan mangsa kedua pula memaklumkan kejadian berlaku kira-kira 11 malam pada November 2018 di bilik asrama sekolah pondok berkenaan.

“Kejadian sama berulang sebanyak dua kali di kediaman suspek sebulan selepas kejadian pertama itu. 

“Justeru itu, kita membuat penahanan untuk siasatan lanjut mengikut seksyen 377D Kanun Keseksaan,” katanya. – myMetro Online

Tags: kes cabulustaz budak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar OKU Dakwa Dicabul Rakan Sekelas Dalam Tandas

Pelajar OKU Dakwa Dicabul Rakan Sekelas Dalam Tandas

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan orang kurang upaya (OKU) mendakwa dicabul oleh rakan sekelasnya di dalam tandas sebuah sekolah menengah...

Cabul Anak Saudara, Bapa Tiga Anak Dipenjara 20 Tahun, Empat Sebatan

Cabul Anak Saudara, Bapa Tiga Anak Dipenjara 20 Tahun, Empat Sebatan

05/11/2025
0

SEREMBAN: Seorang bapa tiga anak dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd