• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tularkan Perbualan WhatsApp Takiyuddin, Zafrul Berniat Jahat

oleh
15/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbualan aplikasi WhatsApp antara Datuk Takiyuddin Hassan dengan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dipetik di luar konteks untuk membina persepsi negatif dan ditularkan dengan niat jahat.

Petikan perbualan Takiyuddin yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) dengan Zafrul mengenai projek pembangunan di Kedah itu, juga ditularkan untuk mencemarkan nama baik pihak berkaitan.

Setiausaha Politik kepada Takiyuddin, Wan Rohimi Wan Daud, memaklumkan Ahli Parlimen Kota Bharu itu sebaliknya dilantik sebagai Penyelaras antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Kedah, berkuat kuasa 1 September lalu.

Beliau berkata, cetakan perbualan itu adalah sebahagian daripada bidang tugas dan tanggungjawab Takiyuddin untuk memberi tumpuan khas sebagai pemudah cara khususnya dalam hal pembangunan di Kedah.

“Selaras pelantikan berkenaan, menjadi tugas Takiyuddin untuk memperkukuh kedudukan dan hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Kedah melalui penyampaian maklumat tepat agar selari dengan dasar negara.

“Memberi tumpuan khas sebagai pemudah cara terhadap isu berbangkit sama ada program atau projek pembangunan antara kementerian, jabatan atau agensi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Kedah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau mengulas cetakan perbualan Takyuddin dan Zafrul mengenai pembabitan anak syarikat kerajaan Kedah, Bina Darulaman Berhad (BDB) dan cadangan pembabitan rakan usahasama, Taliworks Corporation dalam projek pembangunan di Kedah yang tular di media sosial.

Ia membabitkan projek pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Plubang sejak 2018, dengan lima LRA akan dibina di Kedah dan empat ditender secara terbuka, memandangkan ia adalah geran Persekutuan.

Satu LRA diberi secara rundingan terus kepada BDB kerana dibiayai secara pinjaman kerajaan Kedah kepada Persekutuan.

Wan Rohimi yang juga yang juga Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia PAS berkata, Takiyuddin juga berperanan sebagai pemudah cara kepada urusan penyaluran bantuan kebajikan kepada rakyat Kedah daripada Kerajaan Persekutuan.

“Takiyuddin juga adalah Pengerusi bersama dengan Menteri Besar Kedah (Muhammad Sanusi Md Nor) berhubung pengurusan bencana dan apa-apa tugas diarahkan Perdana Menteri dari semasa ke semasa, melibatkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Kedah,” katanya. – BH Online

Tags: Takiyuddin HassanTengku Zafrul Tengku Aziz
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hadi Awang Menghadap Sultan Nazrin

Next Post

Laman Rasmi Facebook Sultan Johor Cecah Sejuta Pengikut

Related Posts

TNB Beli Arang Batu AS$3 Bilion Dari Indonesia

31/05/2022
0

AYER KEROH: Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memeterai perjanjian import arang batu dengan pengeksport Indonesia membabitkan nilai AS$3 bilion bagi...

3M Jadi Fokus Utama Bajet 2022 – Tengku Zafrul

22/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Bajet 2022 yang akan dibentangkan kerajaan pada minggu hadapan akan memberi tumpuan kepada tiga perkara utama. Menteri...

Next Post

Laman Rasmi Facebook Sultan Johor Cecah Sejuta Pengikut

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd