• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Nazrin Tentukan Masa Depan Kerajaan Perak

oleh
04/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tumpuan kini terarah kepada keputusan yang bakal dibuat Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah selepas Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu gagal mendapat sokongan majoriti daripada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dalam undi usul percaya terhadapnya.

Rata-rata pakar perlembagaan berpendapat, menurut peruntukan Perlembagaan Negeri Perak, sekiranya menteri besar hilang kepercayaan, maka individu itu perlu menghadap Sultan Perak bagi memaklumkan perkara itu selain meletakkan jawatan atau mencadangkan pembubaran DUN.

Pakar perlembagaan, yang juga pensyarah kanan Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Dr Nizamuddin Alias berkata, langkah ini mengikut sistem demokrasi berparlimen atau Westminster yang diamalkan di Malaysia selama ini.

“Biasanya dalam demokrasi berparlimen, amalan usul undi tidak percaya dibuat namun ini tidak berlaku, maka wujudlah usul undi percaya dengan harapan akan menang tapi sebaliknya berlaku.

“Bagi saya, ini adalah krisis keyakinan di Perak kerana secara asasnya seseorang menteri besar mesti mendapat majoriti sokongan DUN. Bila berlaku usul ini, bermakna wakil-wakil rakyat sudah tidak percaya atau hilang kepercayaan,” katanya kepada Bernama.

Beliau mengulas situasi politik di Perak yang mana Ahmad Faizal yang juga ADUN Chenderiang gagal mendapat sokongan majoriti wakil wakil negeri itu.

Sementara itu, seorang lagi pakar perlembagaan dari Universiti Malaysia Pahang (UMP), Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, jika Sultan tidak memberi perkenan kepada menteri besar untuk bubarkan DUN, maka beliau hendaklah meletakkan jawatan.

“Proses ini tidak pelik, sama ada Sultan bubar DUN, menteri besar letak jawatan sebab hilang keyakinan atau terlucut jawatan, ini prerogatif Tuanku,” katanya dan menambah, andai pilihan untuk membubarkan DUN dipilih, maka pilihan raya negeri perlu diadakan dalam masa 60 hari.

Beliau berkata satu lagi senario yang mungkin berlaku adalah Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat di bawah Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan selepas mengambil kira faktor keselamatan atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam.

“Perdana Menteri boleh mencadangkan pengisytiharan darurat di Perak disebabkan faktor itu. Jika wujud keadaan yang dipersembahkan itu, maka Tuanku boleh perkenankannya,” kata beliau.

Katanya, jika perkara ini berlaku, Sultan Perak mempunyai pilihan untuk melantik majlis mesyuarat negeri sementara sebagai ‘caretaker’ dalam menguruskan pentadbiran negeri tanpa membabitkan keputusan yang besar.

Mengulas mengenai aspek politik negeri Perak, pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) Anuar Shah Bali Mahomed berkata, negeri itu merupakan ‘swing state’ (senario politik negeri sering berubah) di mana sejak 2008 lagi komposisi malah sokongan kepada kerajaan sering berubah.

Ini boleh dilihat dalam beberapa pilihan raya umum lalu di mana kemenangan parti politik bertanding adalah kecil dan tiada parti politik yang mempunyai majoriti mudah iaitu 30 kerusi di DUN Perak.

“Sekarang ini kita lihat tiada satu parti pun yang mempunyai majoriti mudah iaitu 30 kerusi daripada 59 kerusi yang ada. Paling banyak kerusi buat masa ini adalah UMNO dengan 25 kerusi.

“Inilah faktor mengapa agak sukar untuk seseorang Menteri Besar itu untuk bertahan lama. Politik Perak akan sentiasa berubah dan ini melibatkan permainan angka,” katanya.

Perak mempunyai 59 ADUN yang terdiri daripada Barisan Nasional (25), Bersatu (5), PAS (3), DAP (16), PKR (3), Amanah (5) dan masing-masing satu kerusi milik Gerakan dan Bebas. – BERNAMA

Tags: kerajaan perakSultan Nazrin Muizzuddin ShahSultan Perak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Perak Ambil Tanggungjawab Penuh Insiden Wanita Cuba Dekati Sultan Nazrin – MB

Kerajaan Perak Ambil Tanggungjawab Penuh Insiden Wanita Cuba Dekati Sultan Nazrin – MB

03/09/2025
0

IPOH: Kerajaan Negeri Perak mengambil tanggungjawab sepenuhnya insiden seorang wanita cuba mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sewaktu sambutan Hari...

Perak Mahu Siasatan Menyeluruh Cari Jawapan Punca Bunyi Letupan, Gegaran Di Ipoh – Saarani

Perak Mahu Siasatan Menyeluruh Cari Jawapan Punca Bunyi Letupan, Gegaran Di Ipoh – Saarani

21/06/2025
0

IPOH: Kerajaan Perak meminta jabatan dan agensi berkaitan menjalankan siasatan menyeluruh bagi mencari jawapan punca bunyi letupan dan gegaran di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd