• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasat Dakwaan Buli Babitkan Doktor, Petugas Kesihatan

oleh
28/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil perhatian serius berhubung gejala buli dalam kalangan petugas kesihatan termasuk doktor dan doktor pelatih di negara ini.

Presidennya, Adnan Mat berkata, satu siasatan dalaman perlu dilakukan susulan pendedahan laporan kajian Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berhubung isu itu, bagi memastikan ia dapat dicegah dengan lebih berkesan sekali gus menyelesaikan aduan yang timbul.

“CUEPACS memandang serius laporan kajian oleh MMA dan berpandangan budaya buli di alam pekerjaan terutama dalam bidang profesional dan kritikal seperti doktor adalah tidak wajar serta tidak boleh diterima.

“Kita bimbang gejala buli ini akan menjadikan emosi dan kualiti kerja pengamal perubatan ini terjejas,” katanya selepas Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Tahunan kali ke-27 Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE) yang dirasmikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara maya di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden ANULAE, Datuk Azih Muda; Penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Melaka dan Negeri Sembilan, Kamarul Izwan Osman.

Mengulas lanjut, Adnan berkata, KKM juga perlu merangka dan menyediakan satu platform bagi membolehkan petugas kesihatan yang menjadi mangsa buli mengutarakan masalah mereka tanpa menjejaskan identiti serta kedudukan sekiranya membuat aduan.

“Khidmat psikologi yang secukupnya juga perlu disediakan kepada setiap kakitangan agar masalah kerja atau buli ini tidak menjejaskan kualiti kerja yang boleh memberi kesan kepada pesakit. KKM perlu melatih dan memberi penekanan yang cukup kepada penyelia tentang budaya buli supaya gejala ini tidak melampau sehingga memberi kesan buruk.

“Gejala buli ini bukan sahaja menjejaskan kualiti kerja mangsa, bahkan merisikokan nyawa pesakit yang menerima rawatan daripada doktor-doktor yang menjadi mangsa buli, apatah lagi dengan persekitaran kerja doktor yang semakin mencabar, masalah buli ini sudah tentu menjadikan mangsanya lebih terkesan dari segi mental dan fizikal,” katanya.

Semalam, MMA melaporkan kajiannya menunjukkan 66.9 peratus doktor di negara ini mengakui pernah melalui pengalaman dibuli atau diganggu ketika bertugas di sektor awam, dengan golongan paling ramai berdepan situasi itu adalah mereka yang berusia antara 26 hingga 35 tahun, iaitu sebanyak 52.9 peratus.

Statistik itu adalah hasil kajian terbaharu yang dijalankan oleh MMA membabitkan 1,800 responden terdiri daripada doktor pelatih, pegawai perubatan dan pakar muda secara dalam talian. – BERNAMA

Tags: Cuepacsdoktorkes buliKKMpetugas kesihatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bedah Siasat Syamsul Haris Dijalankan Ikut Prosedur Forensik – KKM

Bedah Siasat Syamsul Haris Dijalankan Ikut Prosedur Forensik – KKM

27/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan proses bedah siasat forensik dalam kes kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Allahyarham...

Penjualan Vape Akan Diharamkan Sepenuhnya – Dzulkefly

Penjualan Vape Akan Diharamkan Sepenuhnya – Dzulkefly

10/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan akan mengharamkan sepenuhnya penjualan rokok elektronik atau vape sebagai langkah membendung penyalahgunaan produk berkenaan. Menteri Kesihatan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd