• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RUU Peringkat Jawatankuasa Bagi MITI Diluluskan

oleh
03/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) selepas diputuskan menerusi undian belah bahagian. 

Keputusan undian dimaklumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dengan seramai 110 wakil rakyat menyokong, 104 tidak menyokong dan enam tidak hadir.

Undian belah bahagian dijalankan selepas lebih 15 Ahli Parlimen bangun menyokong supaya RUU itu diputuskan menerusi kaedah itu.

MITI menjadi kementerian keempat dengan kelulusan ditentukan menerusi kaedah itu selepas Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan pada Isnin dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) pada Selasa lalu. 

Sebelum undian dijalankan, sesi penggulungan bagi kementerian berkenaan dilakukan oleh Menteri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Terdahulu, Azhar memutuskan sidang ditempohkan selama 10 minit, selepas dua minit loceng pertama dibunyikan bagi membolehkan ruang masa diberi kepada Ahli Parlimen untuk berada dalam dewan.

Aturan itu adalah kelaziman sebelum ini, bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika pandemik COVID-19, yang mana kebenaran masuk Ahli Parlimen di dewan dihadkan 80 orang.

Berikutan insiden kesalahan pengiraan undian bagi RUU Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan Isnin lalu, Azhar menetapkan ketua blok yang ditugaskan mengira undi akan dipantau oleh wakil pemerhati daripada parti berlainan. 

Dalam insiden itu, Datuk Shahbudin Yahya (BERSATU-Tasek Gelugor) yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), tersilap menandakan bahawa Datuk Seri Mohd Nazri Aziz (BN-Padang Rengas) turut menyokong RUU itu sedangkan ahli parlimen itu tidak hadir. – BH Online

Tags: belanjawan 2021MITIRUU Perbekalan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johari Ghani Dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri

Johari Ghani Dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri yang baharu melalui...

Laporan Tesla Batal Pengeluaran Di Asia Tenggara Mungkin Keputusan Komersial – MITI

Laporan Tesla Batal Pengeluaran Di Asia Tenggara Mungkin Keputusan Komersial – MITI

08/08/2024
0

KUALA LUMPUR - Laporan media Thailand mengenai hasrat Tesla Inc (Tesla) membatalkan rancangan pengeluarannya di Asia Tenggara mungkin satu keputusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd