• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Reman Pendakwah Selebriti Dilanjutkan

oleh
01/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Reman pendakwah selebriti yang ditahan berhubung dakwaan merogol seorang gadis dilanjutkan lima hari lagi hingga Ahad.

Perintah lanjutan reman yang bermula esok itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Ahmad Feisal Mohd Azmi, hari ini.

Terdahulu suspek berusia 25 tahun yang berbaju Melayu hijau tiba di mahkamah kira-kira 11 pagi dengan ditemani peguam.

Siasatan terhadap pendakwah selebriti itu dibuat mengikut Seksyen 376 ( rogol), 354 (cabul), 377 (seks luar tabii) dan 323 (mencederakan) Kanun Keseksaan.

Sementara itu, peguam Ahmad Amzar Ahmad Azlan yang mewakili suspek berkata, pihaknya akan mengambil tindakan berlandaskan lunas undang-undang bagi membuktikan anak guamnya tidak bersalah. 

“Anak guam sedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa selain menafikan sebarang pertuduhan dan dakwaan yang dibuat oleh wanita berkenaan. 

“Dia akan cuba membersihkan namanya mengikut peruntukan undang-undang,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan, polis menerima enam laporan ke atas pendakwah selebriti itu iaitu lima di daerah Shah Alam dan satu di daerah Petaling 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, tempoh reman suspek akan tamat esok namun disebabkan beberapa laporan polis yang baru diterima maka, perintah lanjutan reman akan dipohon bagi membantu siasatan.

Suspek ditahan kira-kira 11 malam, 26 November lalu selepas tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Difahamkan suspek pernah menyertai sebuah rancangan realiti keagamaan pada 2016 sebelum popular sebagai penyanyi dan pelakon. – myMetro Online

Tags: pendakwah selebritirogol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

30/12/2025
0

Kangar: Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tujuh pertuduhan merogol...

Remaja Dakwa Jadi Mangsa Amang Seksual Pendakwah Selebriti

Remaja Dakwa Jadi Mangsa Amang Seksual Pendakwah Selebriti

13/07/2025
0

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mendedahkan satu kes amang seksual yang didakwa membabitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd