• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Jadi ‘Orang Tengah’ Kemelut Politik Perak

oleh
07/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – PAS akan bertindak menjadi orang tengah bagi menjernihkan semula hubungan antara parti dalam Perikatan Nasional (PN) dan UMNO berikutan kemelut politik di Perak.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, beliau sendiri akan menyatakan pandangan itu dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi PAS yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada petang ini.

“Lepas sidang media ini, saya akan ke Kuala Lumpur untuk mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi PAS pada petang ini, di situ saya akan dapat arahan baharu termasuk memberi pandangan untuk menjernihkan semula keadaan antara parti terbabit.

“PAS ini kerjanya untuk mendamaikan dan bukan mencucuh api permusuhan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri taklimat khas oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) di sini, hari ini.

Beberapa spekulasi timbul mengenai hubungan antara UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PAS selepas Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu terpaksa meletak jawatan Menteri Besar Perak disebabkan gagal menerima sokongan majoriti daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ketika undi usul percaya dijalankan terhadapnya pada Jumaat lalu. 

Terdapat ura-ura menyatakan UMNO akan membentuk kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan DAP di Perak, malah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga dilaporkan turut tidak menolak kemungkinan berlaku penjajaran baharu di Perak seiring krisis politik yang melanda negeri itu.

Semalam, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dipetik sebagai berkata PAS mahu mempertahan kerajaan PN di Perak dan enggan menyertai kerajaan baharu yang akan dibentuk susulan peletakan jawatan Menteri Besarnya.

Mengulas lanjut Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata, krisis politik yang berlaku di Perak tidak akan memberi kesan kepada kerajaan negeri Kedah yang diwakili gabungan ADUN PAS, UMNO dan Bersatu.

Beliau menzahirkan keyakinan penuh terhadap kesetiaan yang ditunjukkan kesemua ADUN gabungan parti kerajaan di negeri itu terhadap kepimpinannya.

Katanya, beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan mana-mana parti termasuk parti pembangkang yang diwakili Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

“Di Kedah, keadaannya cukup harmoni dengan kita pun terbuka dalam mendengar serta menerima pendapat. Kita pun tak ada buat kerja tak elok jadi takkanlah mereka tak sokong.

“Tak ada pula ura-ura mana-mana pihak nak bawa undi percaya atau tak percaya terhadap saya ke Sidang DUN Kedah. Jika berlaku pun usul undi percaya mahu pun tidak percaya, saya percaya perkara itu tidak akan memberi sebarang kesan jika cuma didokong oleh seorang atau dua ADUN. 

“Dalam hal ini, kita tak boleh salahkan mana-mana ADUN kerana mereka sudah tentu bertindak mengikut kehendak parti,” katanya. – myMetro Online

Tags: BERSATUPASPerakperikatan nasionalUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

Timbalan Presiden PAS Nafi Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan

Timbalan Presiden PAS Nafi Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menafikan dakwaan partinya dan BERSATU bersetuju untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd