• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pandangan Negatif Mahathir Punca Dipecat – Apandi

oleh
03/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membentuk pandangan negatif dan jahat terhadapnya sehingga mendorong kepada penamatan kontrak perkhidmatannya sebagai Peguam Negara pada 2018.

Didorong dengan tekad itu, katanya, khidmatnya ditamatkan secara tidak mengikut perlembagaan dan tidak sah oleh bekas Perdana Menteri itu.

“Plaintif (Mohamed Apandi) menegaskan akan mengemukakan bukti bahawa defendan pertama (Dr Mahathir) telah membentuk pandangan negatif dan berbisa terhadap plaintif sehingga membawa kepada pemecatannya,” katanya melalui afidavit jawapan kepada penyata pembelaan yang difailkan oleh Dr Mahathir dan kerajaan Malaysia, selaku defendan kedua.

Bekas Peguam Negara itu berkata, beliau akan mengemukakan bukti bahawa peranan Yang di-Pertuan Agong tidak diambil kira atau diketepikan oleh Dr Mahathir terhadap pemecatannya.

“Oleh itu, terdapat kegagalan perlembagaan dalam proses penamatan kedudukan plaintif sebagai Peguam Negara,” katanya.

Mohamed Apandi juga berpendapat bahawa Dr Mahathir dan pendirian kerajaan seperti dinyatakan dalam penyata pembelaan bukan sahaja tidak dapat dipertahankan malah merungkai secara tertutup peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, Mohamed Apandi berdoa agar mahkamah membenarkan tuntutannya dengan kos.

Peguam, Datuk Baljit Singh Sidhu, yang mewakili Mohamed Apandi, memberitahu media bahawa Mahkamah Tinggi telah menetapklan 11 Disember ini untuk pengurusan kes.

“Ia bagi kami memfailkan permohonan penzahiran dokumen untuk dokumen tertentu,” katanya.

Dalam penyataan pembelaan difailkan pada 12 November lalu, kedua-dua defendan itu menegaskan tindakan mereka menamatkan kontrak perkhidmatan Mohamed Apandi sebagai Peguam Negara adalah sah serta mengikut peruntukan undang-undang dan tiada penyalahgunaan kuasa oleh Dr Mahathir dalam hal tersebut.

Dr Mahathir dan kerajaan Malaysia memfailkan penyataan pembelaan sebagai maklum balas terhadap saman RM2.2 juta yang difailkan oleh bekas Peguam Negara itu.

Pada 13 Oktober lalu, Mohamed Apandi memfailkan saman menamakan Dr Mahathir dan kerajaan, masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua, memohon antara lain perisytiharan penamatan kontraknya sebagai Peguam Negara yang dibuat oleh bekas perdana menteri itu sebagai tidak sah.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohamed Apandi yang merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan sebelum dilantik sebagai Peguam Negara pada 2015, juga menuntut perisytiharan bahawa defendan pertama telah menyalahgunakan kedudukannya dan bahawa defendan pertama telah mendorong berlakunya pelanggaran kontrak di antara beliau dan kerajaan Malaysia.

Beliau juga memohon perisytiharan bahawa wujud kegagalan pematuhan terhadap Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan dalam pemecatannya dan bahawa pemecatannya adalah tidak mengikut undang-undang, dan oleh itu tidak sah.

Mohamed Apandi memohon ganti rugi khas RM2,233,599.36, ganti rugi am, ganti rugi teladan dan/atau punitif, kos dan relief lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah. – BERNAMA

Tags: Mahathir MohamadMohamed apandi aliPeguam Negara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Duit KWSP, Duit Rakyat – Najib

Next Post

KWSP Timbang Setiap Permohonan i-Sinar Kategori 2

Related Posts

Titah Adendum: Peguam Negara Kata ‘Saya Tak Mahu Komen’

Titah Adendum: Peguam Negara Kata ‘Saya Tak Mahu Komen’

08/01/2025
0

PUTRAJAYA: Peguam Negara, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar enggan mengulas mengenai Titah Adendum dikatakan diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membolehkan...

Peguam Negara Perlu Bertanggungjawab, Bukan Tuding Jari Ke mahkamah – MUDA

Peguam Negara Perlu Bertanggungjawab, Bukan Tuding Jari Ke mahkamah – MUDA

06/09/2023
0

KUALA LUMPUR : Jabatan Peguam Negara mesti bertanggungjawab penuh terhadap keputusan mahkamah melepas tanpa melepaskan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid...

Next Post

KWSP Timbang Setiap Permohonan i-Sinar Kategori 2

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd