• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhammad Kekal Nama Bayi Paling Top

oleh
04/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Nama Muhammad kekal menjadi nama bayi paling popular bagi 2020.

Ia berdasarkan kompilasi data yang dikumpulkan oleh BabyCentre iaitu syarikat media dalam talian yang berpangkalan di San Francisco, Amerika Syarikat (AS). 

Data itu diperoleh daripada pengguna berdaftar di portal syarikat berkenaan.

Mirror UK melaporkan Muhammad mendahului yang lain dalam senarai 100 nama popular pilihan ibu bapa untuk bayi lelaki.

Rekod itu kekal untuk dua tahun berturut-turut sejak tahun lalu.

Nama Sophia yang berada di tempat kedua pada tahun lalu kini menjadi pilihan utama kebanyakan ibu bapa di seluruh dunia dalam menamakan bayi perempuan mereka.

Ia meletakkan nama Olivia di tempat kedua dalam senarai 100 nama pilihan popular untuk bayi perempuan.

BabyCentre dalam kenyataannya memaklumkan trend pilihan nama pada tahun ini dipengaruhi oleh program disiarkan di televisyen.

“Pandemik menjadi sebab kita optimis dan cuba positif dengan memilih nama seperti adiwira,” kata Editor Pengurusan BabyCentre United Kingdom (UK), Sarah Redshaw.

Buktinya, nama Arabella iaitu karakter dan heroin dalam drama siri komedi I May Destroy You berada di tangga ke-57 dalam senarai 100 nama paling popular.

Faktor lain yang mempengaruhi adalah siri permainan video terkenal seperti Animal Crossing.

Jadi, tidak hairanlah apabila empat nama karakter iaitu Olivia, Amelia, Ava dan Freya tersenarai dalam 10 nama bayi paling popular tahun ini manakala yang lain seperti Alice pada tempat ke-16 dan Mabel membolosi senarai di tangga ke-97.

Selain itu, populariti personaliti media sosial di Instagram (IG) juga memberi idea kepada ibu bapa untuk menamakan bayi mereka. – Agensi

TOP 5 NAMA POPULAR BAYI LELAKI

1. Muhammad 

2. Noah 

3. Oliver 

4. Arthur 

5. Leo

TOP 5 NAMA POPULAR BAYI PEREMPUAN

1. Sophia 

2. Olivia 

3. Amelia 

4. Lily 

5. Isla

Tags: Muhammadnama bayi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi Bernama Google Terima Hadiah Daripada Google

05/07/2019
0

KISAH pasangan suami isteri yang memberikan nama anak mereka Google beberapa minggu lalu nampak gayanya telah mendapat perhatian syarikat teknologi...

Virus Jangkitan Seks, Sayur, Antara Nama Pelik Bayi

31/01/2019
0

TIDAK sampai sebulan 2019 membuka tirainya, senarai nama bayi paling paling pelik dan unik untuk tahun ini sudah pun dikeluarkan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd