• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menggigil Bila Dengar Ketukan Tapi Tiada Orang

oleh
07/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – “Menggigil saya apabila mendapati tiada sesiapa di luar sedangkan cara pintu diketuk itu seolah-olah seseorang meminta ia dibuka dengan segera.

“Tidak pernah pintu rumah saya diketuk pada 3.30 pagi macam pagi tadi, saya hairan siapa pula mengetuk pintu dengan kuat, tetapi apabila saya menjenguk di tingkap, tiada sesiapa di luar,” kata Mohd Amin Kassim, 32.

Peniaga dadih itu berkata, dalam kejadian itu, dia belum tidur kerana asyik bermain permainan dalam telefon bimbit manakala isteri, Holimatus Holi, 28, sudah masuk tidur bersama-sama empat anak berusia antara dua hingga 10 tahun.

Menurutnya, secara tiba-tiba dia terdengar ketukan pintu hadapan yang kuat hingga menyebabkan daun pintu bergegar.

“Saya memberanikan diri membuka tingkap, tetapi tidak nampak sesiapa pun di luar dan dalam sekelip mata tubuh saya menggigil ketakutan kerana terlintas di fikiran ada tetamu tidak diundang mencuba mengganggu kami.

“Sebaik sahaja menutup tingkap, ketukan itu terhenti dan saya menunggu kira-kira lima minit berhampiran tingkap untuk segera meninjau jika ada sesiapa mengetuk pintu lagi.

“Bagaimanapun, tiada ketukan susulan kedengaran dan sekali lagi saya meninjau keadaan di luar sebelum mendapati tiada apa-apa berlaku,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Londang, Masjid Tanah, dekat sini, hari ini.

Mohd Amin berkata, dalam keadaan menggigil ketakutan, dia memastikan selak pintu tidak terbuka sebelum masuk ke dalam bilik.

Bagaimanapun, tidak mengejutkan dan memaklumkan kejadian itu kepada isterinya ketika itu, sebaliknya hanya berbuat demikian pada 10 pagi hari ini.

Sementara itu, Holimatus berkata, dia tidak mendengar sebarang bunyi kerana tidur dalam keadaan keletihan selepas menjaja dadih, sagu dan jeli kelapa dihasilkan sendiri di pantai peranginan Pengkalan Balak, petang semalam.

“Setiap petang saya menjaja makanan itu dengan berjalan di sepanjang pantai yang dipenuhi pengunjung dan selepas pulang, saya keletihan.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana suami tidak mengalami kejadian tidak diingini ketika meninjau dari celah tingkap,” katanya. – myMetro Online

Tags: ketukanpintu diketuk
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isu Perak: UMNO, BN, MN Adakan Mesyuarat

Next Post

Bersatu Bersama UMNO Bentuk Kerajaan Gabungan Baharu

Related Posts

No Content Available
Next Post

Bersatu Bersama UMNO Bentuk Kerajaan Gabungan Baharu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd