• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kucing Itu Sengaja Ditahan Hingga Mati Tersepit

oleh
14/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seekor kucing ditemui mati tersepit di pintu ‘roller shutter’ sebuah bank dalam keadaan yang sangat tragik dipercayai akibat angkara khianat di Taman Tampoi Utama, Tampoi di sini, awal pagi tadi.

Persatuan Haiwan Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan kejadian dipercayai berlaku pada 12 tengah malam semasa penutupan bidai besi secara automatik dan disedari orang awam kira-kira 3 pagi sebelum memaklumkannya kepada persatuan sekitar 4.30 pagi.

“Setiap bank akan menutup pintu roller shutter di ruang mesin ATM (mesin juruwang automatik) bermula 12 tengah malam dan hanya membukanya semula pada 6 pagi,” menurut kenyataan yang dimuat naik dalam akaun Facebook rasmi persatuan berkenaan.

Menurut persatuan itu, kes kematian kucing itu seolah-olah sengaja dilakukan dengan cara menahan kucing malang itu sewaktu roller shutter sedang turun perlahan untuk menutup pintu ruang mesin ATM.

“Kucing tidak akan tunggu di satu lokasi jika berlaku bunyi bising. Sudah tentu bunyi roller shutter itu kuat sewaktu turun akan memeranjatkan kucing dan ia berlari pergi.

“Jadi, seolah-olah badan kucing sengaja ditahan hingga leher kucing tersepit,” menurut kenyataan yang dimuat naik dalam akaun Facebook rasmi persatuan.

Selain mengharapkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada pihak bank untuk menyaksikan kejadian sebenar, persatuan turut meminta mana-mana individu yang melihat kejadian itu supaya berkongsi maklumat dengan segera melalui talian 011-20901097 agar pelakunya dapat dijejaki. – BERNAMA

Tags: Bankbunuh kucinghaiwan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MPV ‘Meluncur Masuk’ Dalam Bank

MPV ‘Meluncur Masuk’ Dalam Bank

12/04/2025
3

Tanjong Karang: Pelanggan sebuah bank di pekan Tanjong Karang gempar apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) 'meluncur masuk' ke dalam premis...

RM393.8 Bilion Untuk Belanjawan 2024

Peluru Zionis Turut Sasarkan Haiwan

13/10/2023
0

PETALING JAYA – Bukan hanya manusia, haiwan pun turut menjadi korban kekejaman Israel. Wow….pizza cuma RM11?…..nak tahu lanjut..klik sini….. Dalam satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd