• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Sindiket Macau Scam Ditahan

oleh
01/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dalang utama sindiket Macau Scam dan judi dalam talian yang menghubungkan antara sindiket Malaysia dan China antara 130 individu yang ditahan polis dalam operasi khas pada 15 hingga 20 Oktober lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Huzir Mohamed berkata, lelaki berusia 31 tahun dikenali sebagai Chen Dewei itu ditahan bersama enam lagi individu di Mont Kiara, dekat sini ketika operasi dijalankan.

“Suspek ini adalah ketua sindiket Macau Scam serta berperanan sebagai penghubung antara sindiket di Malaysia dan China.

“Pemeriksaan mendapati suspek juga termasuk dalam senarai orang dikehendaki oleh pihak berkuasa China kerana kesalahan Macau Scam,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Huzir berkata, Chen Dewei kini bersama enam yang lain iaitu lima warga China dan seorang warga tempatan masih dalam tahanan mengikut Seksyen 4(2)(a).

“Mereka akan dihadapkan ke Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ) 8 Januari depan selepas tamat reman selama 38 hari.

“Susulan tangkapan sindiket berkenaan, polis menerusi Ops Dadu Centre melakukan beberapa serbuan dan menahan 130 individu, 87 daripadanya dikenakan reman mengikut Seksyen 4(2)(a) iaitu selama 38 hari.

“Seramai 19 lagi individu kini masih dalam siasatan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) dan 13 lagi dibebaskan,” katanya.

Huzir berkata, empat individu yang ditahan sebelum iaitu Goh Leong Yeong atau Alvin Goh, Addy Kanna serta dua lagi anggota polis ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) selama dua tahun.

“Semua hukuman tahanan selama dua tahun itu diputuskan Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ), Kementerian Dalam Negeri, Jumaat lalu.

“Keempat-empat individu berkenaan akan dihantar ke tiga Pusat Pemulihan Khas (PPK) iaitu di Simpang Renggam, Bentong dan Pokok Sena,” katanya. – myMetro Online

Tags: ChinaSindiket Macau Scam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd