• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, March 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Rasuah Rosmah: Pihak Pendakwaan Tutup Kes

oleh
11/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas 23 saksi dipanggil memberi keterangan, pihak pendakwaan hari ini menutup kes Datin Seri Rosmah Mansor yang menghadapi tuduhan rasuah berhubung projek solar hibrid untuk sekolah luar bandar di Sarawak.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan demikian selepas saksi terakhir, bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, yang dipanggil semula untuk pemeriksaan balas oleh pihak pembelaan, selesai memberikan keterangan.

Hakim Mohamed Zaini memerintahkan pihak pendakwaan dan pembelaan memfailkan hujahan bertulis sebelum 28 Disember ini dan 4 Januari depan serta mengemukakan jawapan balas pada 29 Januari.

Mahkamah turut menetapkan 10 Februari tahun depan untuk kedua-dua pihak berhujah secara lisan sebelum memutuskan sama ada Rosmah, 69, dibebaskan daripada pertuduhan tersebut atau diperintahkan untuk membela diri.

Terdahulu Sri Ram memaklumkan pihak pendakwaan telah menawarkan 10 saksi kepada pihak pembelaan termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rosmah minta 15 peratus daripada RM1.25 bilion projek solar: Saksi
Sementara itu, Hakim Mohamed Zaini menolak permohonan pendakwaan untuk memasukkan rakaman audio mengenai percakapan yang didakwa melibatkan Rosmah dan Najib dan transkripnya, sebagai bukti pendakwaan di mahkamah.

Rosmah, yang berbaju kurung putih dan berselendang, menghadapi satu tuduhan meminta wang berjumlah RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin.

Dia sepatutnya dibicarakan bersama bekas pegawai khasnya Datuk Rizal Mansor, 46, yang didakwa dengan empat tuduhan meminta dan menerima rasuah bagi pihak Rosmah atas projek tersebut.

Bagaimanapun pada 8 Januari lalu mahkamah membebaskan Rizal daripada tuduhan tersebut setelah pihak pendakwaan menarik balik keempat-empat tuduhan terhadapnya dan Rizal kemudian menjadi saksi utama pendakwaan.

Pada 15 November 2018, Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan meminta rasuah wang tunai RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak.

Bagi pertuduhan pertama, beliau didakwa meminta suapan untuk dirinya sendiri RM187.5 juta, yang dibuat melalui Rizal, iaitu 15 peratus nilai kontrak daripada Saidi.

Wang berkenaan sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek dikenali sebagai Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rosmah didakwa melakukan perbuatan itu di Lygon Bistro, G-24, Ground Floor, Sunway Putra Mall, 100, Jalan Putra, Chow Kit dekat sini, antara Mac dan April 2016.

Bagi pertuduhan kedua, Rosmah didakwa menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta daripada Saidi sebagai upah membantu Jejak Holdings mendapatkan projek itu di ‪No 11, Jalan‬ ‪Langgak‬ ‪Duta,‬ ‪Taman‬ ‪Duta‬, pada 7 September 2017.

Rosmah didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pada 10 April 2019, Rosmah sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menerima suapan RM5 juta daripada Saidi menerusi Rizal kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan projek serupa di tempat yang sama di Jalan Langgak Duta.

Semua kes itu telah dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan yang bermula 5 Februari tahun ini. – BERNAMA

Tags: Projek SolarrasuahRosmah Mansor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

19/01/2026
0

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 53 pertuduhan...

Bekas Setiausaha Politik Lapor SPRM, Artikel Penghargaan Kepada Dr Zaliha Disalah Tafsir

Bekas Setiausaha Politik Lapor SPRM, Artikel Penghargaan Kepada Dr Zaliha Disalah Tafsir

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd