• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Kaji Laksana Semula GST, Model Cukai Lain

oleh
10/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji kesesuaian untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) atau apa-apa model cukai kepenggunaan dengan mengambil kira semua aspek.

Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah, ketika mengumumkan perkara itu berkata aspek kelemahan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sedia ada serta sistem GST yang dilaksanakan pada 2015 turut diteliti.

Selain itu, katanya, kajian meliputi kesan ke atas ekonomi, kos sara hidup, kesan cukai terhadap harga barang dan keupayaan menangani kegiatan ekonomi gelap.

“Sebarang cukai baharu jika ada, perlu bersifat mudah ditadbir dan tidak meningkatkan kos perniagaan di samping dapat mengukuhkan kedudukan fiskal negara.

“Berhubung dengan Cuka Kekayaan, kerajaan tidak mempunyai sebarang cadangan untuk melaksanakannya pada masa ini,” katanya di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Wong Shu Qi (PH-Kluang) mengenai sama ada kerajaan akan melaksanakan semula GST atau Cukai Kekayaan untuk meningkatkan pendapatan negara.

Kepada soalan tambahan Shu Qi mengenai sama ada kerajaan mempunyai sasaran tempoh pelaksanaan semula GST, Mohd Shahar berkata, langkah pemansuhan sistem percukaian itu, berkuat kuasa 1 Jun 2018 ternyata memberi kesan kepada kadar kutipan hasil negara. 

Bagaimanapun, beliau menegaskan sebarang langkah mewujudkan cukai baharu bagi tujuan meningkatkan kadar kutipan hasil negara tidak wajar menambah bebanan rakyat. 

“Kita tidak akan membuat sebarang langkah baharu cukai sekiranya ia akan membebankan rakyat, selain perlu melihat kaedah lain seperti diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2021.

“Ia merangkumi usaha memantapkan pematuhan percukaian dan memperkasakan agensi pelbagai bidang. Jika kita wujudkan cukai baharu, ia hanya tingkatkan hasil tetapi bebankan rakyat. 

“Ini tidak memberikan kesan. Kita amat optimis dengan kadar pemulihan negara bahawa peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada 5.5 kepada 6.5 peratus pada 2021. 

“Ia berasaskan petunjuk utama yang mencerminkan prestasi Malaysia amat baik dan kita berada di landasan betul,” katanya. – BH Online

Tags: cukai barang dan perkhidmatanGST
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bukan Hanya Dewan Rakyat Tempat Buktikan Sokongan Jadi PM

Next Post

Saarani Angkat Sumpah Jawatan MB Perak Ke-14

Related Posts

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

18/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan menyatakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mampu memberikan kesan fiskal yang lebih cepat berbanding pelaksanaan...

Next Post

Saarani Angkat Sumpah Jawatan MB Perak Ke-14

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd