• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan UMNO Perak Tak Dibincang MKT, Biro Politik

oleh
04/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kemelut politik membabitkan Menteri Besar Perak ketika ini tidak dibincangkan terlebih dulu dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) atau Biro Politik UMNO.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, UMNO juga belum memanggil sebarang mesyuarat bagi membincangkan berkenaan isu itu setakat ini. 

“Setakat ini tidak ada apa-apa panggilan mesyuarat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata beliau tidak gembira dengan apa yang berlaku di Perak, hari ini.

“Kita tidak berpeluang berbincang terlebih awal di peringkat Biro Politik atau MKT. Saya berdoa agar perjuangan yang seharusnya mengutamakan solidariti dan perpaduan ummah, tidak terjejas. Saya dukacita jika orang Melayu berpecah,” katanya dalam mesej Twitter.

Beliau berkata, jika pun masalah yang berlaku membabitkan kredibiliti Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, ada cara lain untuk menguruskannya dan kebijaksanaan semua pihak diperlukan. 

Ahmad Faizal hari ini gagal memperoleh sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam usul undi percaya. Sebanyak 48 undi tidak menyokong usul berkenaan dan hanya 10 yang menyokong manakala terdapat satu undi rosak atau berkecuali. – BH Online

Tags: MKT UMNOumno perak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Harga RON95, RON97 Naik 3 Sen, Diesel Naik 5 Sen

Next Post

i-Sinar: Ada Tarik Nafas Lega, Ada Yang Masih Keliru

Related Posts

Keputusan Pecat Isham Dibuat MKT UMNO – Zahid

Keputusan Pecat Isham Dibuat MKT UMNO – Zahid

09/12/2023
0

Keputusan memecat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Isham Jalil daripada parti itu dibuat oleh MT parti, kata Presiden Umno...

MKT UMNO Mohon Ihsan Agong Beri Pengampunan Penuh Najib

MKT UMNO Mohon Ihsan Agong Beri Pengampunan Penuh Najib

07/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat hari ini, memohon ihsan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin...

Next Post

i-Sinar: Ada Tarik Nafas Lega, Ada Yang Masih Keliru

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd