• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam Buru Dalang Jual Rokok Seludup Pek Kecil

oleh
02/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) meningkatkan penguatkuasaan untuk memburu dalang jual rokok seludup dalam pek kecil dan hanya memuatkan lima batang rokok atau lebih dikenali sebagai ‘Kiddie Pack’.

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Abdul Latif Abdul, berkata pihaknya menjangkakan sindiket itu membungkus semula dalam pek kecil lima batang dan 10 batang untuk memudahkan jualan dengan nilai lebih rendah.

Beliau berkata, siasatan pihaknya buat masa ini mengesan satu kes yang di Melaka bulan lalu.

“Jumlahnya tidak banyak, pek kecil bercampur dengan rokok dalam pembungkusan standard pek 20 batang. Standard pembungkusan rokok yang dibenarkan oleh kerajaan ialah 20 batang. 

“Kerajaan juga tidak membenarkan jualan secara buka dan diletakkan dalam tin yang kemudian dijual batang. Itu penguatkuasaan di bawah Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kita yakin sindiket ini membuat pembungkusan semula bagi memudahkan jualan dengan harga yang lebih rendah. Jika dalam bungkusan biasa iaitu 20 batang sudah tentu golongan remaja tidak mampu membelinya kerana sasaran mereka adalah golongan berkenaan,” katanya dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat JKDM, di sini hari ini. 

Sebelum ini, media melaporkan kartel rokok seludup kini semakin agresif mengeluar serta memasarkan rokok dalam pek lima batang (Kiddie Pack) dengan harga serendah bawah RM2 sekotak dengan mensasarkan golongan remaja dan B40.

Menurut laporan berkenaan, rokok pek lima batang sekotak itu memang untuk pasaran remaja bawah umur yang baharu berjinak dengan rokok dan masih mengharapkan duit saku daripada ibu bapa.

Sumber dilaporkan berkata, buat masa ini kartel masih mencuba pasaran dengan meletakkan produk haram termurah itu di kedai runcit diusahakan warga asing terutama kawasan hotspot sekitar ibu negara seperti di Chow Kit dan Kampung Baru selain turut dikesan di pasaran Pulau Pinang.

Kaedah jualan, selain diletakkan di kedai runcit khususnya diusahakan warga asing itu, rokok seludup pek mini berkenaan turut ditawarkan secara dalam talian.

Harga satu karton rokok seludup pek kecil lima batang rokok dijual di FB adalah antara RM65 hingga RM75, mempunyai 40 pek satu karton yang bermakna harga sekotak jatuh kepada sekitar RM1.70 sekotak. – BH Online

Tags: KastamRokok Seludup
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

20/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas ganja bernilai RM1.69 juta yang ditinggalkan di pesisir pantai Kuala Perlis, Perlis,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd