• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jururawat Pula Dakwa Dicabul Pendakwah Selebriti

oleh
08/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Satu lagi laporan polis dibuat terhadap pendakwah selebriti atas dakwaan mencabul Ahad lalu.

Kali ini mangsa adalah seorang jururawat di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur yang mendakwa dicabul suspek pada Disember tahun lalu di sebuah unit studio di Seksyen 7, Shah Alam. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, mangsa yang berusia 26 tahun itu tampil membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi pada 4 petang, Ahad lalu dan kes berkenaan kemudian dirujuk kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam. 

“Difahamkan, mangsa mengenali suspek menerusi media sosial pada 2018 dan mula berkawan sejak daripada itu. 

“Modus Operandi (MO) suspek sama seperti kes sebelum ini yang mana dia akan mengajak mangsa keluar makan sebelum membawa mangsa ke rumahnya dengan alasan mahu mengambil barang,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Balai Polis Seri Muda, Seksyen 25, hari ini. 

Beliau berkata, dengan laporan terbaru itu, secara keseluruhan pihaknya sudah menerima sembilan laporan membabitkan dakwaan rogol dan cabul. 

Bagaimanapun katanya, dua daripada laporan itu diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut atau NFA. 

Noor Azam, pihaknya kini masih menjalankan siasatan dan akan lihat dari semua sudut dengan mengumpul maklumat berkaitan. 

“Polis akan menjalankan siasatan dengan adil dan semua maklumat yang diperoleh akan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan lanjut dan suspek kini masih dalam perintah reman sehingga Jumaat,” katanya. 

Semalam, suspek yang juga bekas peserta realiti keagamaan itu direman lima hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan polis berhubung dua laporan polis dibuat terhadapnya di Petaling Jaya atas dakwaan merogol, mencabul dan melakukan seks luar tabii. 

Polis Petaling Jaya sebelum ini menjalankan siasatan kes mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (merogol), Seksyen 377C Kanun Keseksaan (seks luar tabii) dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan (mencabul). 

Polis daerah Petaling Jaya membuat permohonan reman ke atas suspek bagi membolehkan siasatan dijalankan berhubung dua laporan polis terhadap suspek pada 29 dan 30 November lalu. 

Laporan polis pertama dibuat di IPD Petaling Jaya pada 29 November lalu oleh seorang wanita berusia 22 tahun yang juga pelajar kolej swasta atas dakwaan dicabul dan dipaksa melakukan seks oral oleh suspek di sebuah rumah di Damansara Perdana di sini. 

Laporan polis kedua dibuat pada 30 November lalu di Balai Polis Damansara oleh seorang guru wanita berusia 22 tahun atas dakwaan dirogol oleh suspek juga di sebuah rumah di Damansara Perdana. – myMetro Online

Tags: jururawatkes cabulpendakwah selebriti
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sultan Perak Akan Umum Siapa MB Baharu – Zahid

Next Post

Wakil ADUN BERSATU, PAS Dititah Mengadap Sultan Nazrin

Related Posts

Cabul Budak Di Masjid: JKM Sahkan Suspek Ada Kad OKU Sejak Kecil

Cabul Budak Di Masjid: JKM Sahkan Suspek Ada Kad OKU Sejak Kecil

22/02/2025
0

HULU SELANGOR: Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul seorang kanak-kanak perempuan ketika mangsa sedang menunaikan solat subuh...

Kes Cabul Di masjid: Suspek Remaja Direman Seminggu Bantu Siasatan

Kes Cabul Di masjid: Suspek Remaja Direman Seminggu Bantu Siasatan

22/02/2025
0

HULU SELANGOR: Seorang remaja berusia 19 tahun direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes cabul kanak-kanak...

Next Post

Wakil ADUN BERSATU, PAS Dititah Mengadap Sultan Nazrin

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd