• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jawatankuasa Khas Ditubuhkan Kaji Laporan ERC

oleh
14/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji semula laporan yang dikeluarkan Jawatankuasa Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) mengenai urusan memperbaiki pilihan raya di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan, berkata jawatankuasa itu dipengerusikan Menteri Kanan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Katanya, jawatankuasa itu ditubuhkan bagi membolehkan kerajaan menilai, menyelaras dan memantau semua cadangan dan dapatan yang disyorkan ERC membabitkan urusan pilihan raya di negara ini.

“Kerajaan sudah pasti akan mengumumkan laporan kajian jawatankuasa itu nanti malah jika ada keperluan kita akan bentangkannya di Dewan Rakyat untuk dibahaskan secara langsung dan tidak langsung,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang ingin mengetahui sama ada laporan ERC itu akan didedahkan kepada umum.

Menjawab soalan asal Poay Tiong sama ada laporan akhir ERC akan diterbitkan dan diedarkan kepada Ahli Parlimen dan orang awam, Takiyuddin berkata, sebaik sahaja kajian selesai, satu laporan berhubung dengan hasil dapatan kajian berserta syor-syor penambahbaikan akan disediakan.

Katanya, ERC menjalankan kajian selama lebih dua tahun dan telah selesai pada awal bulan Ogos lalu. 

“Perdana Menteri telah menerima laporan itu bagi pihak kerajaan pada 27 Ogos 2020 lalu. Laporan ini mengandungi sebanyak 49 syor penambahbaikan yang menyentuh perihal sistem, proses dan undang-undang berkaitan pilihan raya.

“Sesungguhnya Kerajaan amat komited dalam memastikan pembangunan demokrasi adalah seiring dengan peredaran zaman dan keperluan rakyat di negara ini. 

“Laporan yang dikemukakan oleh ERC bukan sahaja aspek perubahan kepada proses pilihan raya, namun juga perubahan dalam pelbagai aspek pengurusan Kerajaan yang turut membabitkan pelbagai kementerian dan agensi,” katanya. – BH Online

Tags: ERCPilihan Raya
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cliff Umar Dinobat Juara GV7

Next Post

Jangan Politikkan ‘Kelonggaran’ Mengundi Pakai PPE

Related Posts

PM Gay Pertama Ireland, Buat Kejutan Letak Jawatan

Prabowo Menang Jawatan Presiden Indonesia – Suruhanjaya Pilihan Raya

21/03/2024
0

JAKARTA: Prabowo Subianto dipilih sebagai presiden negara demokrasi ketiga terbesar di dunia, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU) sekali...

Warga Asing Dominasi Bekalan Sayur: Perlu Tindakan Menyeluruh

Rakyat Indonesia Bantah Keputusan Pilihan Raya, Dakwa Ada Penipuan

19/03/2024
0

JAKARTA - Pilihan Raya Indonesia (Pilpres) sudah berakhir, namun muncul pula bantahan menentang keputusan tidak rasmi yang dilihat 'seperti tidak...

Next Post

Jangan Politikkan 'Kelonggaran' Mengundi Pakai PPE

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd