• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Malaysia Tersenarai 10 Terbaik Dunia

oleh
04/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Saya membuktikan guru Malaysia setanding dengan guru seluruh dunia untuk memastikan generasi pelapis mendapat pendidikan terbaik,” kata Samuel Isiah, 33.

Samuel menjadi finalis untuk 10 guru terbaik dunia dalam Anugerah Guru Global 2020 selepas bersaing dengan lebih 12,000 seluruh dunia.

Malam tadi, guru dari India, Ranjitsinh Disale terpilih bagi memenangi anugerah berkenaan yang disiarkan secara langsung menerusi laman web globalteacherprize.org.

Samuel berkata, walaupun tidak memenangi anugerah berkenaan, namun dia tetap berbangga apabila guru Malaysia diiktiraf di peringkat antarabangsa.

“Saya anggap ini bukti guru Malaysia terbaik dan sistem pendidikan kita mampu melahirkan generasi muda yang berkualiti seperti negara lain.

“Ini adalah pemangkin semangat buat saya dan guru di negara ini untuk terus berusaha memberikan yang terbaik kepada pelajar seiring dengan arus pemodenan dunia,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau kini melanjutkan pengajian peringkat Sarjana di Universiti New York di Amerika Syarikat dalam bidang Polisi Pendidikan dan Kepimpinan sejak setahun lalu.

Namun, pandemik Covid-19 menyebabkan dia meneruskan pengajian secara maya di Malaysia.

Sebelum ini, Samuel mendapat perhatian masyarakat negara ini apabila inovasi yang dilakukan dalam mengajar murid Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Runchang, Rompin di Pahang sejak lapan tahun lalu.

“Sebaik saya tamat pengajian, ilmu dan pengalaman ketika belajar di Amerika Syarikat akan digunakan untuk memantapkan lagi sistem pendidikan negara,” katanya. – myMetro Online

Tags: Guru MalaysiaPendidikan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Sasar Sekolah Seluruh Negara Guna ‘Smartboard’ Menjelang 2027

KPM Sasar Sekolah Seluruh Negara Guna ‘Smartboard’ Menjelang 2027

18/04/2025
0

BAYAN LEPAS - Usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkasa transformasi digital dalam sektor pendidikan negara terus diperkukuh apabila sasaran untuk...

PRK Ayer Kuning: Pendidikan Antara Visi Utama Calon BN

PRK Ayer Kuning: Pendidikan Antara Visi Utama Calon BN

14/04/2025
0

TAPAH: Pendidikan menjadi antara visi utama calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd