• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Da’i Syed Lunas Ikat Jamin RM35,000

oleh
15/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful atau dikenali ramai sebagai Da’i Syed hari ini dibebaskan selepas melunaskan bayaran ikat jamin berjumlah RM35,000 di Mahkamah Shah Alam dan Mahkamah Petaling Jaya.

Peguam bela selebriti itu, Syed Amirul Syed Edros berkata, bayaran ikat jamin anak guamnya dilunaskan oleh abangnya, Syed Shah Iqram dan pengurusnya, Mohd Aizat Jaafar.

Menurut Syed Amirul, kegagalan anak guamnya membayar ikat jamin selepas didakwa di kedua-dua mahkamah berkenaan pada 10 Disember lepas menyebabkan dia ditahan di Pusat Tahanan Reman Sementara, Beranang.

“Urusan di Mahkamah Shah Alam selesai kira-kira pukul 11 pagi tadi dan kemudian dia (Syed Shah Iqmal) dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya bagi urusan di situ pula,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Pada 10 Disember lepas, Syed Shah Iqmal, 25, didakwa atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul kehormatan di Mahkamah Petaling Jaya, dan pada hari yang sama di Mahkamah Shah Alam pula dia menghadapi tuduhan merogol seorang wanita.

Di Mahkamah Petaling Jaya, dia dikenakan ikat jamin RM25,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan tarikh 19 Februari ditetapkan untuk sebutan semula kes, manakala di Mahkamah Shah Alam dia dikenakan ikat jamin RM10,000 dan sebutan semula kes pada tarikh 25 Januari.

Sementara itu, Syed Shah Iqmal ketika ditemui pemberita selepas selesai urusan di Mahkamah Petaling Jaya berkata, beliau reda dengan ketentuan berkenaan dan menyerahkan hal seterusnya kepada mahkamah.

Katanya buat masa ini, beliau akan berehat sementara waktu dan melepaskan rindu bersama keluarga selepas direman selama 18 hari.

“Saya juga perlukan sedikit ruang untuk mengubat jiwa, mental dan kesedihan saya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Da'iikat jaminSyed Shah Iqmal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bapa Enggan Ikat Jamin Anak Mengaku Rogol Kenalan Lebih 16 Kali

Bapa Enggan Ikat Jamin Anak Mengaku Rogol Kenalan Lebih 16 Kali

09/06/2025
0

BATU PAHAT: Seorang bapa nekad tidak mahu membayar ikat jamin RM1,500 yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini...

Keputusan Ikat Jamin CEO GISBH, Isteri Dan 19 Pemimpin Tertinggi 24 Mac

Keputusan Ikat Jamin CEO GISBH, Isteri Dan 19 Pemimpin Tertinggi 24 Mac

17/03/2025
0

KAJANG – Nasib sama ada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Nasiruddin Mohd Ali; isterinya, Azura Md...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd