• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cerita Sebenar 6 Maut Selepas Ujian Percubaan Vaksin

oleh
10/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh: Fahmi Hassan Al Abad

RAMAI yang gusar dengan tajuk berita ini. Ya, jika baca sekali lalu, seolah-olah ia menunjukkan yang vaksin tersebut boleh mengakibatkan kematian.

Tetapi apa cerita sebenarnya?

Berita ini hangat rentetan laporan 53 muka surat yang dikeluarkan oleh US FDA mengenai keberkesanan dan keselamatan vaksin keluaran Pfizer.

Benar, terdapat 6 kematian dalam kalangan sampel ujikaji fasa 3 vaksin tersebut.

Sebanyak 38,000 sampel terlibat dalam ujian tersebut. 19,000 menerima vaksin, dan 19,000 lagi menerima placebo.

2 kematian berlaku dalam kalangan penerima vaksin, manakala 4 lagi dalam kalangan penerima placebo.

Ada yang tak tahu apa maksud placebo?

Placebo adalah bahan tanpa kesan terapeutik yang diberikan kepada satu kumpulan dalam ujikaji. Ia mungkin hanyalah air.

Maksudnya, 4 kematian dalam kumpulan placebo langsung tidak boleh dikaitkan dengan vaksin yang diuji.

2 kematian dalam penerima vaksin pula disebabkan oleh:

  1. Serangan jantung 62 hari selepas suntikan.
  2. Arteriosclerosis (salur darah tersumbat) 3 hari selepas suntikan.

Kedua-dua mangsa ini berumur lebih dari 55 tahun.

Serangan jantung dan saluran darah tersumbat merupakan komplikasi kesihatan yang sering berlaku dengan risiko semakin tinggi mengikut umur.

Setelah dianalisa, kadar kematian ini didapati sama dengan kadar kematian di dalam populasi normal.

Jadi, ia bukanlah disebabkan vaksin.

Dalam menilai kesan sampingan vaksin, ada dua terma yang sering digunakan iaitu causal dan temporal relationship.

Causal = kesan yang berkaitan vaksin.
Temporal = kesan secara kebetulan dan tidak disebabkan vaksin.

Dalam kes ini, 2 kematian tersebut hanyalah boleh dikatakan sebagai mempunyai temporal relationship dengan vaksin.

2/19000 = 0.01% kematian dalam sampel dan tidak diaebabkan oleh vaksin.

Sebab itu ia dikatakan selamat untuk digunakan.

Antra kesan sampingan yang direkodkan adalah:

  • Sakit di tempat suntikan
  • Letih
  • Sakit kepala
  • Sakit otot
  • Rasa sejuk menggigil
  • Sakit sendi
  • Demam

Majoriti mengalami kesan sampingan ringan sahaja.

Insyaallah jika vaksin ini ingin digunakan di Malaysia, pihak berwajib kita akan menilai sendiri keselamatan dan keberkesanannya sekali lagi sebelum digunakan. – Mynewshub.TV

Tags: PfizerVaksin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

19/09/2024
0

PUCHONG: Pharmaniaga Bhd melabur sebanyak RM300 juta bagi membangunkan kilang pengeluaran insulin, biosimilar dan vaksin pertama buatan tempatan. IKUTI CHANNEL...

Pfizer Naikkan Harga Vaksin Covid-19

Pfizer Naikkan Harga Vaksin Covid-19

21/10/2022
0

NEW YORK: Firma Pfizer Inc menjangkakan akan meningkatkan sehingga empat kali ganda harga vaksin COVID-19 kepada kira-kira AS$130 (RM615) setiap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd