• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buru Pengganas LTTE

oleh
02/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELAMA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan menentang habis-habisan dan akan menangkap kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang melakukan ugutan menyerang Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Hamzah Zainudin, berkata pihaknya mengambil tindakan wajar termasuk menggunakan pelbagai kaedah memastikan kumpulan itu diberkas segera. 

“Kenapa berani sangat nak ugut? Kita kena sedar negara ini ada undang-undang. 

“Kalaulah mereka mengatakan mereka bebas melakukan segala-galanya saya juga nak memaklumkan bahawa kumpulan ini masih lagi ada senarai sebagai ‘terrorist’ dalam negara kita. 

“Maka sebab itu saya minta pasukan PDRM berhati-hati dan kita akan memastikan kumpulan ini kita ambil tindakan wajar dan pastikan sekali lagi akan ditangkap dan dihapuskan dari sewenang-wenangnya melakukan apa yang mereka mahukan di dalam negara ini,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan kepada 146 mangsa banjir di Dewan Semai Bakti Felda Ijok. 

Pihaknya juga menasihat rakyat tidak bimbang berikutan negara masih ada undang-undang dan polis yang menjaga keamanan.

Terdahulu media melaporkan seorang lelaki mendakwa dirinya ketua komander kumpulan pengganas, LTTE 2.0 akan menyerang Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Individu terbabit yang menghantar ugutannya melalui e-mel kepada pihak media turut mendakwa akan menyerang Sri Lanka selepas serangan itu.

Individu terbabit turut mendakwa akan menembak mati Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Dia mendakwa pihak polis menghalang media berhubung dengannya sehingga gagal menggunakan WhatsApp dan telefon bimbit termasuk komputernya turut disekat. – myMetro Online

Tags: Bukit AmanKDNPengganas LTTE
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Zara Qairina: 60 Saksi Dipanggil, Tidak Tolak Isu Buli, Serah Pada Bukit Aman

Kes Zara Qairina: 60 Saksi Dipanggil, Tidak Tolak Isu Buli, Serah Pada Bukit Aman

31/07/2025
0

Kota Kinabalu: Polis kini berada di fasa akhir siasatan berhubung kes kematian pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)...

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

19/07/2025
0

Bayan Lepas: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum menerima maklumat mengenai Low Taek Jho atau Jho Low yang dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd