• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayaran Cukai: Rayuan Najib, Anak Didengar 16 Jun Depan

oleh
16/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung pembayaran cukai berjumlah RM1.69 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Mahkamah Rayuan akan didengar pada 16 Jun tahun depan.

Peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee, yang mewakili Najib, 67, berkata tarikh sama juga ditetapkan untuk mendengar rayuan anak Najib, Datuk Mohamad Nizar, 42, yang dikehendaki membayar cukai berjumlah RM13.16 juta kepada LHDN.

“Kedua-dua rayuan akan didengar di Mahkamah Rayuan sama,” katanya ketika dihubungi pemberita selepas pengurusan kes secara dalam talian (e-Review) di hadapan Timbalan Pendaftar Mohd Khairi Haron.

Sementara itu, Muhammad Farhan berkata rayuan seorang lagi anak Ahli Parlimen Pekan itu, Datuk Mohd Nazifuddin, 37, yang dikehendaki membayar tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM37.6 juta cukai kepada LHDN ditetapkan untuk pengurusan kes pada 4 Februari tahun depan bagi mengemas kini status alasan penghakiman oleh Mahkamah Tinggi.

Najib, Mohd Nazifuddin dan Mohamad Nizar perlu membayar cukai berkenaan kepada LHDN selepas Mahkamah Tinggi berasingan di Kuala Lumpur dan Shah Alam membenarkan permohonan LHDN untuk penghakiman terus terhadap mereka.

Penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.

Perintah terhadap Najib dan Mohd Nazifuddin dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur masing-masing pada 22 dan 6 Julai lalu manakala terhadap Mohamad Nizar oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25 September.

Pada 25 Jun tahun lalu, kerajaan menerusi LHDN memfailkan saman terhadap Najib menuntut beliau membayar RM1.69 bilion bagi cukai pendapatan yang belum dibayar, kadar faedah lima peratus setahun dari tarikh penghakiman, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

LHDN, melalui kerajaan Malaysia juga memfailkan writ saman terhadap Mohd Nazifuddin pada 24 Julai tahun lalu, mendakwa Mohd Nazifuddin masih belum membayar cukai untuk tahun taksiran dari 2011 hingga 2017 berjumlah RM37,644,810.73 seperti yang dinyatakan melalui notis taksiran bertarikh 15 Mac 2019 dan saman sama turut difailkan terhadap Mohamad Nizar, menuntutnya membayar cukai berjumlah RM13,159,821.94 bagi tahun taksiran mulai 2011 hingga 2017. – BERNAMA

Tags: cukai pendapatanLHDNNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rakyat Kesal, Kecewa Dengan Najib Isu KWSP

Next Post

SPR Akur PRK Parlimen Gerik, DUN Bugaya Ditangguh

Related Posts

Selesaikan Tunggakan Cukai Menjelang Tahun Baharu

Selesaikan Tunggakan Cukai Menjelang Tahun Baharu

20/11/2024
0

PANTAS masa berlalu. Pejam celik, pejam celik tidak lama lagi kita bakal meninggalkan tahun 2024. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….....

Bayar Cukai Pendapatan Elemen Cintakan Negara

Bayar Cukai Pendapatan Elemen Cintakan Negara

16/10/2024
0

Sesebuah negara tidak akan berhadapan dengan isu pematuhan percukaian jika setiap warganegaranya memiliki kesedaran yang tinggi tentang tanggungjawab membayar cukai....

Next Post

SPR Akur PRK Parlimen Gerik, DUN Bugaya Ditangguh

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd