• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Faizal Mengadap Sultan Perak Petang Ini

oleh
04/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta, petang ini.

Ia susulan keputusan undi percaya yang tidak memihak kepadanya ketika Sidang DUN, hari ini. 

Difahamkan, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid juga akan mengadap Sultan Perak di Istana Kinta, Ipoh, petang ini

Menurut sumber, Mohamad Zahir akan menyembah maklum berhubung keputusan usul undi percaya terhadap Ahmad Faizal yang diputuskan DUN pagi tadi.

Sementara itu, Ahmad Faizal dalam sidang media berkata, perkara itu perlu dilakukan segera kerana kerajaan negeri perlu meluluskan belanjawan untuk tahun hadapan. 

“Keadaan sekarang speaker akan menyembah maklum keputusan yang sudah kita capai dalam sidang dewan, saya juga akan memohon untuk mengadap Sultan Perak. 

“Saya kira selepas itu Sultan Perak perlu membuat keputusan untuk memilih salah seorang daripada kami Ahli Dewan Undangan Negeri yang baginda percayai dapat memperolehi majoriti untuk menubuhkan kerajaan. 

“Saya kira perkara ini (mengadap Sultan Perak) perlu kita lakukan dengan segera kerana di hadapan kita masih memerlukan untuk meluluskan satu belanjawan tahun hadapan. Kita tidak mahu atas apa juga isu politik kepentingan negeri tidak dapat dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Surat Kelulusan Projek Masjid dan Surau di Negeri Perak di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, apabila belanjawan tidak dapat diluluskan bermakna berlaku ‘government shutdown’ (tergantung) dan ia sangat malang jika ianya berlaku. 

“Maka saya berpendirian untuk memberi komitmen dan kerjasama yang baik kepada sesiapa juga yang Sultan Perak fikirkan mempunyai majoriti. 

“Saya akan memastikan transisi pentadbiran ini berjalan dengan baik, teratur dan akhirnya kita sedar bahawa kepentingan rakyat itu mesti didahulukan bukannya kepentingan ahli politik,” katanya.

Ahmad Faizal turut mengulas apabila ditanya pemberita berhubung adakah perubahan membabitkan Menteri Besar sahaja atau akan berlaku perubahan di peringkat kerajaan negeri.

“Saya fikir mungkin berlaku perubahan Menteri Besar sahaja, wallahualam.. dan Menteri Besar itu berhak pula untuk memilih jawatankuasa mereka sendiri,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Faizal gagal memperoleh sokongan majoriti dalam usul undi percayaterhadapnya yang diusulkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Bharu, Datuk Abdul Manaf Hashim, pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Daripada 59 ADUN, hanya 10 yang menyokong manakala 48 lagi membantah dan satu undi rosak dalam undi belah bahagi yang ditetapkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid.

Untuk rekod, Perak mempunyai 59 ADUN yang terdiri daripada 25 ADUN Barisan Nasional, Bersatu (5), PAS (3), DAP (16), PKR (3), Amanah (5), Gerakan (1) dan Bebas (1). – myMetro Online

Tags: Ahmad Faizal AzumuMenteri Besar PerakSultan Perak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kartel Daging: Pengurus Syarikat Makanan Sejuk Beku Ditahan

Next Post

PAS Tak Sertai Pembentukan Kerajaan Perak Baharu

Related Posts

Kerap Berlaku Kemalangan Maut: Sultan Perak Titah Laksanakan Langkah Preventif

Kerap Berlaku Kemalangan Maut: Sultan Perak Titah Laksanakan Langkah Preventif

10/06/2025
0

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, bertitah langkah preventif perlu dilaksanakan susulan kerapnya kemalangan jalan raya yang meragut nyawa, mutakhir...

Peja Lapor Polis, Nafi Buat Gangguan Seksual

Peja Lapor Polis, Nafi Buat Gangguan Seksual

03/08/2023
0

PETALING JAYA – Timbalan Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu membuat laporan polis mengenai dakwaan...

Next Post

PAS Tak Sertai Pembentukan Kerajaan Perak Baharu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd