• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Terima Anugerah Tertinggi Selangor

oleh
11/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima anugerah tertinggi Selangor, Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ke-75, semalam.

Ahli Dewan Diraja Selangor yang juga Canselor Universiti Selangor (Unisel), Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda pula menerima Darjah Kerabat Kedua (DK II).

Darjah kelas pertama iaitu Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran Datuk Seri dianugerahi kepada Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

Turut menerima darjah kebesaran sama adalah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS) yang membawa gelaran Datuk Setia dianugerahi kepada Ahli Dewan Diraja Selangor, Prof Adjung Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Ketua Pengarah Pelajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Habibah Abdul Rahim.

Sebelas penerima dianugerahi Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran Datuk bagi lelaki dan Datin Paduka bagi wanita.

Antara penerimanya, Ketua Perkhidmatan Geriatrik Selangor, Tunku Datuk Dr Muzafar Shah Tunku Jaafar, Hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya, M Gunalan, Asisten Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, Mejar Jeneral Hashim Aman Shah, Panglima 11 Briged Markas 11 Briged Brigadier Jeneral Norsham Md Tap, Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Mohd Shahzihan Ahmad.

Selain itu, 16 individu menerima Darjah Kebesaran Datuk-Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS) membawa gelaran Datuk bagi lelaki dan Datin Paduka bagi wanita.

Antara penerimanya, Inspektor Jeneral Markas Angkatan Tentera Malaysia, Laksamana Muda Anuar Mohamed, Panglima Pendidikan dan Latihan Markas Pendidikan dan Latihan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Muda Khalid Jaafar, Ketua Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Senior Asisten Komisioner Abdul Basir Ahmad dan Panglima 10 Briged (Para) Markas Tentera Darat, Brigadier Jeneral Semaon Marjuki. – myMetro Online

Tags: darjah kebesaranhari keputeraan sultan selangorYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Peruntukan J-Kom Dipotong RM45 Juta

Next Post

Naib Ketua Armada Kota Tinggi Dikhuatiri Lemas

Related Posts

Kesilapan Papar Gambar Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit Tak Boleh Diterima – Agong

Kesilapan Papar Gambar Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit Tak Boleh Diterima – Agong

16/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menegaskan kesilapan memaparkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit yang disiarkan dalam muka...

Agong Lawat Mangsa Banjir Di Kota Tinggi

Agong Lawat Mangsa Banjir Di Kota Tinggi

13/01/2025
0

KOTA TINGGI: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini melawat mangsa banjir di daerah ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….....

Next Post

Naib Ketua Armada Kota Tinggi Dikhuatiri Lemas

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd