• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

9 Polis Ditahan Edar Dadah Dalam Lokap

oleh
03/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis Johor menahan sembilan anggotanya dan seorang orang awam kerana disyaki terlibat dalam pengedaran dadah dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi pada 29 November lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sembilan anggota polis berpangkat koperal dan konstabel berusia 20 hingga 36 tahun itu bertugas di lokap IPD berkenaan.

“Orang awam yang ditahan itu pula adalah seorang wanita iaitu anak kepada seorang tahanan dikenali sebagai ‘Datuk Ajim’ berusia 23 tahun. Wanita ini merupakan pembekal dadah di IPD berkenaan.

“Polis menemukan 38.65 gram syabu bernilai RM3,865 dan 42.25 gram heroin bernilai RM2,112 termasuk sejumlah tembakau dalam sel lokap pada 29 November lalu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Beliau berkata, susulan itu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) IPK Johor melakukan ujian saringan air kencing terhadap 129 tahanan reman di lokap terbabit.

Menurutnya, 22 daripadanya didapati positif dadah iaitu 21 warga tempatan manakala seorang lagi warga asing semuanya berusia antara 20 hingga 45 tahun yang ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Daripada jumlah tersebut seramai 10 tahanan positif methamphetamine, 11 positif morfin dan seorang lagi positif tetrahudrocannabinol (THC).

“Kita juga menjalankan ujian saringan ke atas anggota polis dan mendapati dua anggota polis lelaki dan wanita tersebut positif dadah jenis methamphethamine,” katanya.

Jelasnya, seorang daripada anggota polis yang positif dadah itu mempunyai satu rekod kesalahan lampau pada 2017 di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu samun berkumpulan.

Ayob Khan berkata, tangkapan itu susulan ujian saringan JSJN IPD Kota Tinggi terhadap 16 tahanan dari penjara Ulu Choh, Pontian yang ditahan di lokap Balai Polis Kota Tinggi pada 22 November lalu dan mendapati lima tahanan positif methamphethamine.

Beliau berkata, aktiviti pengedaran dadah tersebut dipercayai berlaku sejak awal November lalu dan modus operandi kegiatan itu melibatkan wanita berkenaan yang membawa dadah dari luar.

Menurutnya, anggota polis dibayar antara RM50, RM500 hingga RM1,500 untuk sekali penghantaran mengikut saiz peket yang dibawa masuk.

“Terdapat sebuah sel dalam lokap berkenaan dijadikan port untuk menghisap dadah. Ini tangkapan pertama bagi kes seumpama ini dan mungkin sebelum ini ada berlaku, barang-barang salah dibawa masuk tetapi mungkin tiada tindakan diambil atau dilindungi,” katanya.

Tambahnya, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 39B ADB 1952, Seksyen 39A(1) ADB 1952, Seksyen 6 ADB 1952 dan Seksyen 15(1) ADB 1952. – Sinar Harian

Tags: Edar DadahLokapPolis Johor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia, Singapura Sepakat Terus Bincang HSR

Next Post

RUU Peringkat Jawatankuasa Bagi MITI Diluluskan

Related Posts

Sembilan Lelaki Didakwa Edar Dadah RM118 Juta

Sembilan Lelaki Didakwa Edar Dadah RM118 Juta

28/01/2025
0

SABAK BERNAM - Seorang warga tempatan dan lapan lelaki warga Taiwan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Besar di sini pada...

Empat Individu Didakwa Edar Dan Miliki Dadah Hampir 100 Kg

Empat Individu Didakwa Edar Dan Miliki Dadah Hampir 100 Kg

16/01/2025
0

JOHOR BAHRU: Empat individu termasuk seorang wanita dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret berasingan di sini, hari ini atas tuduhan mengedar...

Next Post

RUU Peringkat Jawatankuasa Bagi MITI Diluluskan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd