• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

52 Suspek Kes Tembak PGA Direman Bawah SOSMA

oleh
08/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Seramai 52 suspek yang ditahan sebelum ini berhubung siasatan kes tembak sehingga mengorbankan seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan Malaysia-Thailand, direman 28 hari di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata 22 suspek yang tamat tempoh reman disambung lagi hari ini manakala 30 orang akan direman esok di bawah akta SOSMA untuk siasatan lanjut.

“Seorang suspek pula dibebaskan dan akan menjadi saksi pendakwaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua 52 suspek berumur 20 hingga 65 tahun itu akan dituduh di bawah Seksyen 130V Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah terancang.

Mengenai tiga suspek warga Thailand yang ditahan di negara itu, Surina berkata pihaknya masih menunggu maklum balas daripada kerajaan Thailand supaya membenarkan polis membawa masuk suspek utama kes itu ke negara ini.

Beliau berkata terdapat beberapa lagi tangkapan akan dibuat bagi memastikan semua suspek terlibat dibawa ke muka pengadilan.

Pada 24 November, seorang anggota PGA, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, terkorban manakala rakannya Sarjan Norihan a/l Tari, 39, cedera parah selepas berbalas tembakan dengan sekumpulan penyeludup, kira-kira 600 meter dari pos kawalan TS9 di Padang Besar. – BERNAMA

Tags: Anggota PGAkes tembakSOSMA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

06/01/2026
0

KUALA LUMPUR | 6 Januari 2026 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa insiden tembak ala mafia yang semakin kerap...

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

25/11/2025
0

SEPANG: Lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di tepi jalan Batu 8, Jalan Banting-Dengkil, Dengkil, di sini malam tadi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd