• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Bekas EXCO Perak Dilantik Semula

oleh
15/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk dua ADUN PAS mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), di Istana Kinta di sini, hari ini.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan itu yang diadakan secara ringkas dan tertutup. 

Mereka yang dilantik semula ialah seorang ADUN UMNO mewakili Barisan Nasional (BN), Ahmad Saidi Mohamad Daud (Changkat Jering), serta dua daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) iaitu Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi (Tualang Sekah) dan Datuk Abdul Yunus Jamahri (Kuala Kurau).

Dua ADUN PAS pula adalah Razman Zakaria (Semanggol) dan Mohd Akmal Kamaruddin (Selama).

Kelima-lima ADUN terbabit sebelum ini dilantik sebagai EXCO ketika Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menjadi Menteri Besar.

Majlis angkat sumpah petang ini hanya dihadiri Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad; Hakim Utama Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Hisham Hashim dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Pada 10 Disember lalu, Empat ADUN daripada UMNO dan seorang daripada BERSATU mengangkat sumpah jawatan EXCO, di Istana Iskandariah. 

Mendahului senarai mengangkat sumpah jawatan itu ialah ADUN Sungai Manik yang juga Setiausaha BERSATU Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.

Empat ADUN UMNO lain ialah Datuk Mohd Zolkafly Harun (Lintang); Datuk Shahrul Zaman Yahya (Rungkup); Datuk Dr Wan Norashikin Wan Nordin (Kampong Gajah) dan Khairul Shahril Mohamed (Bota). – BH Online

Tags: ADUN PerakExco Perak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Segera Ke Klinik, Hospital Jika Ada Simptom Cacar Monyet – Exco Perak

Segera Ke Klinik, Hospital Jika Ada Simptom Cacar Monyet – Exco Perak

26/08/2023
0

Orang ramai di negeri ini dinasihat supaya segera ke klinik atau hospital berhampiran jika terdapat gejala cacar monyet (mpox). (Ada...

Kes Buli: Pelajar Sekolah Sukan Ditendang, Dipijak Senior – EXCO Perak

Kes Buli: Pelajar Sekolah Sukan Ditendang, Dipijak Senior – EXCO Perak

26/07/2023
0

IPOH : Kerajaan negeri menunggu laporan penuh berhubung siasatan kes buli di sebuah sekolah sukan negeri di Gunung Rapat, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd