• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Lagi Suspek Kes Tembak PGA Disambung Reman

oleh
02/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Perintah reman terhadap empat lelaki termasuk seorang rakyat Thailand yang dipercayai terlibat dalam insiden berbalas tembak dengan Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan Malaysia-Thailand minggu lalu dilanjutkan antara enam dan tujuh hari lagi bermula hari ini.

Perintah lanjutan reman itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kangar, Siti Nor Hasliza Md Ali di sini selepas membenarkan permohonan pihak polis bagi membantu siasatan kes.

Suspek warga Thailand dan seorang rakyat tempatan berumur 27 dan 45 tahun disambung reman selama enam hari (hingga 8 Disember) manakala dua suspek lagi warga tempatan berumur 22 dan 45 tahun disambung reman selama tujuh hari (hingga 9 Disember).

Semalam polis menyambung reman selama tujuh hari hingga 7 Disember ini terhadap tiga suspek warga Thailand.

Dalam kejadian awal pagi 24 November lepas, seorang anggota PGA, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, terkorban manakala rakannya Sarjan Norihan Tari, 39, cedera parah selepas berbalas tembak dengan sekumpulan penyeludup kira-kira 600 meter dari pos kawalan TS9 di Padang Besar. – BERNAMA

Tags: Pasukan Gerakan AmSempadan Thailandsindiket penyeludupan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Tolonglah’ Cerita Kisah Kehidupan Silam Cik B

Next Post

Kastam Buru Dalang Jual Rokok Seludup Pek Kecil

Related Posts

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

16/02/2025
0

KOTA BHARU: Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak...

15 Lagi Suspek Kes Tembak PGA Direman

03/12/2020
0

KANGAR - Seramai 15 lagi lelaki warga tempatan ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung insiden berbalas tembak dengan anggota Pasukan Gerakan Am...

Next Post

Kastam Buru Dalang Jual Rokok Seludup Pek Kecil

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd