• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,600 Kes Baharu Covid-19, Negeri Sembilan Tertinggi

oleh
07/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,600 kes baharu positif Covid-19 direkodkan dengan dua kematian, setakat 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif penularan wabak di negara ini sebanyak 74,294 kes manakala kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 11,604 kes.

Menurutnya, daripada jumlah kes baharu itu, tiga kes import manakala 1,597 kes membabitkan penularan tempatan.

“Negeri Sembilan melaporkan jumlah kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 541 kes, diikuti Selangor (426 kes) dan Sabah (248 kes). 

“Lonjakan kes di Negeri Sembilan adalah disebabkan oleh pertambahan kes dalam Kluster Bakti iaitu sebanyak 500 kes (92.4 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes di negeri itu. Kes adalah terasing di dalam kawasan penjara.

“Secara keseluruhan, 584 kes yang dilaporkan pada hari ini adalah berkaitan kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara membabitkan Kluster Bakti (500 kes), Kluster Tembok (49 kes), Kluster PTS Sibuga (17 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (lapan kes), Kluster Matambai (tujuh kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (dua kes) dan Kluster GK Tawau (satu kes),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 1,033 kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih 62,306 kes atau 83.9 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Beliau berkata, terdapat 129 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 57 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Menurutnya, dua kematian dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) Kebangsaan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian bertambah kepada 384 kes.

“Kes kematian ke-383 (kes ke-35,800) membabitkan wanita berusia 76 tahun yang dilaporkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Sabah. Beliau mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan anemia.

“Kes kematian ke-384 (kes ke-71,551) membabitkan lelaki berusia 59 tahun yang dilaporkan meninggal dunia di Hospital Semporna, Sabah. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19CPRCKKMNegeri Sembilan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Peruntukan MOSTI Lulus Di Peringkat Jawatankuasa

Next Post

2 Kluster Baharu Covid-19 Dikesan

Related Posts

Pelaksanaan Inisiatif Pemaparan Harga Ubat Diteruskan Mulai 1 Ogos

Pelaksanaan Inisiatif Pemaparan Harga Ubat Diteruskan Mulai 1 Ogos

03/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan meneruskan pelaksanaan inisiatif pemaparan...

‘Bukan KKM Yang Cadangkan Penubuhan Majlis Pemantauan Vape Malaysia’ – Menteri Kesihatan

‘Bukan KKM Yang Cadangkan Penubuhan Majlis Pemantauan Vape Malaysia’ – Menteri Kesihatan

01/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menjelaskan pihaknya tidak berhasrat menubuhkan Majlis Pemantauan Vape Malaysia, sebaliknya cadangan itu dikemukakan pemain industri...

Next Post

2 Kluster Baharu Covid-19 Dikesan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd