• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Waspada Dengan Akaun Palsu Di Media Sosial

oleh
20/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini mengingatkan orang ramai agar berwaspada dengan akaun palsu di media sosial yang sengaja diwujudkan untuk tujuan penipuan dan hasutan.

MCMC dalam satu kenyataan hari ini memberikan antara ciri-ciri untuk mengenal pasti akaun palsu.

Antaranya ialah baru diaktifkan dalam tempoh beberapa bulan, yang menurut MCMC akaun baharu kerap diwujudkan, bagi mengaburi jejak daripada pihak berkuasa atau pembongkaran oleh mangsa penipuan sebelum ini.

“Nama pemilik akaun seolah-olah bukan nama sebenar dengan nama yang digunakan ialah nama samaran atau nama orang terkenal, manakala maklumat peribadi juga meragukan dengan biodata yang tidak realistik,” menurut kenyataan tersebut.

Menurut MCMC, akaun palsu mempunyai senarai rakan yang sedikit atau tiada langsung, kerana tujuan akaun dibuka bukan untuk perkenalan jangka panjang, dan senarai rakan juga mungkin akaun palsu.

“Akaun palsu juga boleh dikenal pasti melalui terlalu banyak ‘likes’ hantaran orang lain di pelbagai topik dan kumpulan namun terlalu sedikit ‘likes’ di halaman sendiri,” menurut kenyataan itu lagi.

MCMC menyatakan penjenayah siber dikesan menggunakan pelbagai taktik licik untuk menjalankan penipuan, termasuk ada yang menyamar menggunakan profil ahli keluarga, kenalan mangsa, orang kenamaan atau individu, serta syarikat terkenal.

MCMC menasihatkan orang ramai agar menjauhkan diri daripada memperkatakan isu sensitif berkaitan agama, kaum, institusi diraja dan politik, yang cuba diapi-apikan oleh pemilik akaun palsu bagi melindungi diri daripada tindakan undang-undang, sekiranya didapati terlibat dengan kenyataan berunsur fitnah, hasutan atau menggugat ketenteraman awam.

“MCMC, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkaitan lain boleh mengambil tindakan undang-undang, sekiranya terdapat salah guna internet dan media sosial untuk tujuan jenayah atau hasutan.

“Orang ramai perlu sentiasa berhati-hati dan peka kepada percubaan menipu oleh mereka yang tidak mempedulikan undang-undang dan ketenteraman awam,” menurut kenyataan itu lagi. – BERNAMA

Tags: akaun palsuhasutanMCMCmedia sosialPenipuan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

RON95, RON97 Naik 2 Sen, Diesel Naik 7 Sen

Next Post

Kerajaan Benarkan Gelembung Perjalanan Domestik Zon Hijau

Related Posts

Lebih 10,000 Sekolah, Universiti Awam Terbabit Kempen Keselamatan Dalam Talian

Lebih 10,000 Sekolah, Universiti Awam Terbabit Kempen Keselamatan Dalam Talian

11/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian bertujuan untuk meningkatkan kesedaran segenap lapisan masyarakat mengenai keselamatan internet, akan dilaksanakan di...

MCMC Bakal Lesenkan LinkedIn

MCMC Bakal Lesenkan LinkedIn

18/01/2025
0

KUALA LUMPUR: Platform rangkaian profesional, LinkedIn, akan menjadi satu lagi syarikat media dilesenkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). IKUTI...

Next Post

Kerajaan Benarkan Gelembung Perjalanan Domestik Zon Hijau

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd