• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMANY Mohon Maaf Kepada Agong

oleh
12/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Persatuan Belia Baharu Universiti Malaya (UMANY) memohon maaf kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan rakyat Malaysia atas kenyataan bertajuk ‘YDPA Should Not Interfere In National Affairs’ (Yang di-Pertuan Agong tidak sepatutnya campur tangan dalam hal ehwal negara).

UMANY dalam satu hantaran di Facebook hari ini turut memaklumkan mereka menarik balik kenyataan tersebut yang dipaparkan di halaman Facebook bahasa Cina dan bahasa Inggeris UMANY pada 30 Oktober lalu.
Kata UMANY, keputusan itu dibuat selepas merujuk nasihat daripada ahli pakar perlembagaan.

“Pihak UMANY ingin menegaskan bahawa kami mematuhi sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia serta menghormati peranan Yang di-Pertuan Agong dalam Perlembagaan.

“Selain menzahirkan maaf kepada masyarakat, pihak UMANY ingin secara khususnya mengemukakan permohonan maaf dan memohon ampun Tuanku (Seri Paduka Baginda) atas kekurangan pemahaman kami terhadap Perlembagaan.

“Selain itu, kita ingin menekankan sekali lagi pendirian kita iaitu kenyataan yang dinyatakan pada 30 Oktober adalah untuk tujuan perbincangan akademik dan tidak berniat untuk menghasut,” kata kenyataan tersebut.

Dalam kenyataan sama, UMANY berpandangan bahawa Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia merupakan undang-undang zalim yang menindas kebebasan bersuara rakyat.

Ujar UMANY, pihaknya menuntut polis untuk menghentikan segala siasatan yang dijalankan di bawah akta tersebut terhadap ahlinya dan menggesa kerajaan agar memansuhkan undang-undang berkenaan.

“Pihak UMANY juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan dan solidariti kepada pihak kami semasa pihak kami dipanggil oleh pihak polis untuk memberi kenyataan.

“Pihak UMANY akan meneruskan usaha pihak kami dalam memupuk dan mempertahankan kebebasan demokrasi di Malaysia bersama dengan masyarakat sivik demi Malaysia yang lebih baik,” katanya.

Pada 6 November lalu, polis menjalankan siasatan terhadap Presiden UMANY, Yap Wen Qing mengikut Akta Hasutan berhubung kenyataan kontroversi mengenai peranan Yang di-Pertuan Agong.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, Wen Qing telah dipanggil untuk memberi keterangan bersabit siasatan yang diklasifikasikan di bawah Akta Hasutan 1948 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Difahamkan sebanyak 70 laporan polis telah dibuat terhadap UMANY dan lapan ahli persatuan itu dipanggil hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk memberikan keterangan termasuk Wen Qing dan naib presidennya, Tan Li Yuan. – Sinar Harian

Tags: UMANYUniversiti MalayaYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia Ulangi Sokongan Padu Terhadap Palestin

Next Post

Arah Polis Kesan, Tangkap 400 Individu Larikan Diri

Related Posts

Kesilapan Papar Gambar Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit Tak Boleh Diterima – Agong

Kesilapan Papar Gambar Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit Tak Boleh Diterima – Agong

16/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menegaskan kesilapan memaparkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit yang disiarkan dalam muka...

Agong Lawat Mangsa Banjir Di Kota Tinggi

Agong Lawat Mangsa Banjir Di Kota Tinggi

13/01/2025
0

KOTA TINGGI: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini melawat mangsa banjir di daerah ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….....

Next Post

Arah Polis Kesan, Tangkap 400 Individu Larikan Diri

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd