• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Perjanjian Rasmi RPD, Pekebun Musang King

oleh
18/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang hari ini dimaklumkan bahawa tiada sebarang perjanjian rasmi antara Royal Pahang Durian Group (RPD) dengan pekebun durian musang king di Raub.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Pahang, Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak berkata, ketiadaan perjanjian itu kerana kedua-dua pihak mempunyai kes yang masih berjalan di Mahkamah Tinggi di sini.

“Setakat ini, hanya ada dua perjanjian yang dimeterai antara RPD dengan Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) pada Mac lepas dengan kedua-dua perjanjian ini hanya berkaitan pemegang saham dan pembahagian keuntungan.

“Ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan apa jua terma yang dikatakan ditawarkan RPD kepada pekebun selain kerajaan negeri berpandangan ketiadaan perjanjian ini menyebabkan tiada isu Akta Persaingan 2010 berbangkit,” katanya.

Mohd Soffi berkata demikian di Wisma Sri Pahang di sini hari ini, bagi menjawab soalan Chow Yu Hui (PH-Tras) yang ingin tahu jika kerajaan negeri sedar kontrak yang ditawarkan kepada pekebun durian memaksa mereka menjual buah pada harga yang ditetapkan sekali gus melanggar akta tersebut.

Persidangan DUN Pahang hari ini dimaklumkan bahawa tiada sebarang perjanjian rasmi antara Royal Pahang Durian Group (RPD) dengan pekebun durian musang king di Raub.

Beliau berkata, jika sekalipun pekebun atau mana-mana pihak berasakan mereka terkesan dalam isu monopoli pasaran, pihak berkenaan boleh merujuk kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk tindakan selanjutnya.

Mengulas lanjut, Mohd Soffi berkata, pekebun durian yang meneroka tanah secara haram juga mempunyai pilihan untuk ‘memutihkan kebun mereka’ apabila ditawarkan skim khusus yang turut membantu urusan eksport tanaman berkenaan.

“Untuk mengeksport hasil tanaman memerlukan Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (myGAP) yang menyatakan tanah terlibat adalah halal, iaitu mempunyai hak milik atau kelulusan daripada kerajaan termasuklah pemberian lesen pendudukan sementara,” katanya.

Kepada dakwaan Yu Hui bahawa pekebun terlibat hanya mencari rezeki dengan menanam durian yang mengambil masa lama untuk mendapat hasil, Mohd Soffi berkata, cara mencari rezeki juga perlu dipastikan berjalan mengikut cara yang betul dan lunas undang-undang. – BERNAMA

Tags: Musang Kingpekebun durian haramRoyal Pahang Durian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Hutan Simpan Sekitar Raub, Diceroboh Pekebun Haram

14/07/2021
0

RAUB - Ketegasan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) membanteras kegiatan menceroboh hutan simpan kekal di daerah ini, dibuktikan menerusi tiga...

Roboh Jambatan Halang Penguat Kuasa Musnah Kebun

06/07/2021
0

RAUB - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) berdepan halangan dalam operasi hari ketiga memusnahkan kebun durian Musang King seluas 101...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd