• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Pengeluaran Tak Terkawal Pemegang Unit PNB

oleh
20/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Permodalan Nasional Bhd (PNB) tidak melihat sebarang pengeluaran yang tidak terkawal oleh pemegang unitnya walaupun situasi ekonomi sukar pada masa ini, kata Pengerusi Kumpulan, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

“Pada masa ini, kami melihat ia (pengeluaran) kekal stabil dan kami tidak melihat sebarang pengeluaran yang tidak terkawal. Dari semasa ke semasa, ya, kami melihat terdapat pengeluaran tetapi ini kekal stabil bagi kami,” katanya pada sidang media secara maya pada majlis pelancaran Minggu Saham Digital hari ini.

Ia dianjurkan oleh PNB, Minggu Saham Digital pada tahun ini diadakan secara maya mulai 18-24 November.

Pada masa ini, aset di bawah pengurusan (AUM) PNB melebihi RM300 bilion nilai unit dalam edaran, dilanggan oleh 14.28 juta akaun sehingga 31 Disember 2019.

Portfolio pelaburan strategiknya dalam syarikat korporat terkemuka di Malaysia, ekuiti global, pelaburan swasta dan hartanah.

Bersetuju dengan pandangan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn berkata kumpulan pengurusan dana itu gembira walaupun situasi semasa mencabar, ia tidak menyaksikan sebarang trend yang berbeza tentang cara rakyat melabur.

“Ini amat baik. Ia adalah bukti bagaimana kita menjalankan perniagaan dan bagaimana rakyat melihat kita.

“Dana PNB adalah untuk simpanan jangka panjang dan pelaburan jangka panjang serta kita tidak melihat sebarang perbezaan dari segi trend pada tahun ini,” katanya.

Mengenai pelan kepelbagaian dalam persekitaran cabaran semasa, Zeti berkata ini akan kekal sebagai sasaran teras PNB.

“Kami akan terus meningkatkan portfolio antarabangsa kami tetapi ini akan dilakukan secara berperingkat dan bertanggungjawab serta berhati-hati berdasarkan pasaran di hadapan kami yang amat tidak stabil dan tidak dapat dijangka.

“Kami melihat kepada trend asas, prospek pelaburan, prospek industri secara keseluruhan dan sektor pelaburan itu dalam ekonomi negara yang berkaitan. Itu adalah cara kami melaksanakannya,” katanya.

Beliau juga berkata berdasarkan tahun semasa yang tidak menentu dan mencabar, pembayaran dividen yang akan datang akan mencerminkan prestasi dananya.

“Kami akan melabur untuk memberikan pulangan yang terbaik dan paling kompetitif, tetapi kami menyedari bahawa ini adalah tahun yang amat tidak menentu dan mencabar.”

(Bagaimanapun), kami adalah pelabur jangka panjang dan kami mahu mengekalkan pulangan yang mampan dan pembayaran yang realistik kepada pemegang unit kami,” katanya. – BERNAMA

Tags: PNBZeti Akhtar Aziz
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cetak Wang: Pemuda UMNO Tegur Ketua Armada

Next Post

“Layanan Macam Mana Kita Mahu?” – Annuar Musa

Related Posts

Mahkamah: Zeti Hadir Saksi Dalam Perbicaraan 1MDB

Mahkamah: Zeti Hadir Saksi Dalam Perbicaraan 1MDB

26/07/2023
0

KUALA LUMPUR – Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hadir dan dijangka dan memberi kenyataan...

PNB Umum Dividen ASB 5.00 Sen Seunit

23/12/2021
0

Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan jumlah agihan pendapatan 5.00 sen seunit untuk dana Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan...

Next Post

"Layanan Macam Mana Kita Mahu?" - Annuar Musa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd