• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tangani Secara Aman, Konstruktif Isu Laut China Selatan

oleh
12/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia menegaskan pendiriannya bahawa segala pertikaian di Laut China Selatan perlu ditangani secara aman dan konstruktif, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

Beliau berkata, ia mesti diselesaikan sejajar dengan prinsip undang-undang antarabangsa yang diterima sejagat, termasuk Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS) 1982.

“Malaysia berpandangan, semua pihak perlu bekerjasama bagi memastikan Laut China Selatan kekal sebagai laut perdagangan, aman dan stabil.

“Sebagai negara pesisir pantai, amat penting kawasan maritim kami selamat untuk kemakmuran perdagangan antarabangsa,” katanya ketika mencelah pada sesi pleno Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 yang bermula hari ini.

Muhyiddin mengetuai delegasi Malaysia pada sidang kemuncak yang diadakan secara maya itu. 

Perdana Menteri turut mengulangi pendirian Malaysia, meskipun undang-undang antarabangsa menjaminkan kebebasan pelayaran, kehadiran kapal perang di Laut China Selatan berpotensi meningkatkan ketegangan sehingga menjejaskan keselamatan, kestabilan dan keamanan andai silap percaturan.

Mengulas perkara lain, Muhyiddin berkata, ASEAN akan kekal sebagai anggota strategik sebuah blok ketika berdepan perubahan geopolitik dan kekuatan itu hanya dapat dicapai jika semua negara anggota terus saling berhubung dan bekerjasama. 

“Realitinya sebagai sebuah negara kecil, kita mesti bertaut dengan mereka yang berkongsi nilai sama kerana ia mampu mempertahan dan mengukuh Kepusatan ASEAN yang menjadi hasrat rantau itu dengan pihak luar.

“Malaysia berharap dengan pelbagai rundingan dan perbincangan yang dilaksanakan ASEAN, usaha kolektif kita mungkin dapat merintis jalan untuk merealisasikan matlamat ke arah pembentukan satu Komuniti ASEAN seperti diimpikan semua.

“Sebuah entiti yang berkongsi wawasan dan aspirasi bagi menjana Komuniti ASEAN ke kedudukan lebih tinggi dan strategik serta dapat memberi sumbangan besar kepada keamanan, kestabilan, keselamatan dan kemakmuran antarabangsa,” katanya.

Perdana Menteri turut mengalu-alukan kelulusan terhadap cadangan Australia untuk mengadakan Sidang Kemuncak Tahunan Pemimpin ASEAN-Ausralia bermula 2021. – BERNAMA 

Tags: laut china selatan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

ASEAN Mampu Main Peranan Penting Tangani Cabaran COVID-19

Next Post

RM12.2 Bilion Subsidi Upah Sehingga 30 Oktober

Related Posts

Malaysia Seru Pendekatan Diplomatik Dalam Isu Laut China Selatan

Malaysia Seru Pendekatan Diplomatik Dalam Isu Laut China Selatan

11/10/2024
0

VIENTIANE - Malaysia menegaskan bahawa pendekatan diplomatik dan kerjasama melalui ASEAN adalah cara terbaik untuk menangani pertikaian di Laut China...

Gempa Bumi Di Laut China Selatan Tak Hasilkan Gegaran Permukaan – MetMalaysia

Gempa Bumi Di Laut China Selatan Tak Hasilkan Gegaran Permukaan – MetMalaysia

04/04/2023
0

Kota Kinabalu : Gempa bumi yang berlaku di Laut China Selatan awal pagi semalam tidak menghasilkan sebarang gegaran di permukaan,...

Next Post

RM12.2 Bilion Subsidi Upah Sehingga 30 Oktober

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd