• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKPB Hampir Semua Negeri Di Semenanjung Bermula Hari Ini

oleh
09/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di hampir semua negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan dilaksanakan bermula hari ini hingga 6 Disember.

Negeri yang terbabit ialah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu.

Pelaksanaan PKPB ini juga akan meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Sabah yang sepatutnya berakhir 9 November ini.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, langkah itu diputuskan dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) selepas mendengar pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung kes COVID-19 di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu.

KKM sudah melaksanakan penilaian risiko dan mendapati terdapat peningkatan ketara bilangan jangkitan COVID-19 dan kadar kebolehjangkitan di negeri berkenaan.

Prosedur Operasi Standard (SOP) adalah sama seperti diumum dan dilaksanakan dalam pkpb sebelum ini.

Pada masa yang sama, Kementerian Pendidikan turut mengumumkan penutupan sekolah bermula hari ini hingga hari terakhir persekolahan tahun ini.

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin, berkata sekolah di Pahang, Kelantan, Perlis dan Sarawak yang tidak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) juga ditutup hingga akhir tahun.

Beliau berkata, penutupan sekolah mengambil kira sejumlah besar, iaitu kira-kira 74 peratus sekolah berada dalam negeri PKPB.

Dr Radzi berkata keputusan dan pendekatan yang diambil kementerian pendidikan sentiasa mengutamakan aspek keselamatan dan kesihatan semua murid, guru, pensyarah dan warga kementerian.

Katanya, sepanjang penutupan sekolah, sesi pengajaran dan pembelajaran akan diteruskan di rumah, mengikut kesesuaian guru dan murid. – Astro AWANI

Tags: perintah kawalan pergerakan bersyaratPKPB
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nahas Helikopter Pertama Babit Model Sama Di Asia Tenggara

Next Post

Kes Covid-19 Seluruh Dunia Melebihi 50 Juta

Related Posts

7 Selebriti Dikompaun Berjumlah RM19,000

22/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Tujuh selebriti yang disiasat berhubung kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada...

Kes Perbicaraan Neelofa, Suami Ditunda Ke 15 Julai

18/06/2021
0

SEREMBAN - Pengurusan kes selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail yang didakwa melanggar prosedur operasi...

Next Post

Kes Covid-19 Seluruh Dunia Melebihi 50 Juta

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd