• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemulihan Ekonomi Tak Semudah Cetak Wang

oleh
19/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemulihan ekonomi tidak semudah mencetak wang dan mengagihkan wang dicetak, kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, Bank Negara Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan peranannya secara berhemah.

“Bank negara perlu buat secara berhemah. Kita tak boleh mencetak duit, kalau tidak nanti duit kita tidak ada nilai.

“Jadi perkara ini bukan semudah itu. Perlu amalkan cara yang bertanggungjawab dan berhemah,” katanya pada Program Sinar Live bertajuk Apa Kisah Belanjawan 2021 hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas cadangan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal supaya Bank Negara mencetak lebih banyak wang kertas untuk diagihkan kepada rakyat untuk dibelanjakan.

Dalam pada itu, ditanya mengenai syor oleh Tun Dr Mahathir Mohamad agar kerajaan melaksanakan pemotongan peruntukan bagi barisan kabinet dan penghentian projek berskala besar, Najib menyifatkan ia sebagai idea yang tidak akan memberi kesan kepada peningkatan ekonomi.

Katanya, pengurangan perbelanjaan kerajaan akan menyebabkan ekonomi negara kian lemah dan menguncup.

“Yang patut dilakukan adalah bagaimana merangsang ekonomi. Projek-projek besar yang produktif dan tidak menggunakan peruntukan kerajaan secara langsung perlu disegerakan kerana ada suntikan ekonomi. Saya tekankan agar sebahagian projek diberikan kepada kontraktor Kelas F secara telus dengan undian kerana kumpulan ini dalam keadaan memerlukan.

“Seperti mana Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang kini Bantuan Sara Hidup (BSH) diperkenalkan bertujuan untuk memangkin permintaan tempatan.

“Bila rakyat ada permintaan jadi ada kedai, kedai akan maju, pasar malam dan sebagainya. Jadi ia menjadi satu putaran dalam sistem ekonomi kita,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Ekonomimencetak wangNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Darurat Batu Sapi: Kehidupan Seperti Biasa, Tiada Perintah Berkurung

Next Post

Implikasi Besar Jika Belanjawan 2021 Tak Diluluskan

Related Posts

Tinjauan Ekonomi Malaysia Untuk 2025 Dan Jangkaan Masa Depan

Tinjauan Ekonomi Malaysia Untuk 2025 Dan Jangkaan Masa Depan

27/03/2025
0

Meta Deskripsi: Terokai tinjauan ekonomi Malaysia untuk 2025. Ketahui pemacu utama pertumbuhan, risiko yang berpotensi, dan perubahan dasar yang boleh...

Selangor, KL, Johor Penyumbang Terbesar Ekonomi Malaysia

Selangor, KL, Johor Penyumbang Terbesar Ekonomi Malaysia

02/07/2024
0

PUTRAJAYA: Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Sarawak dan Pulau Pinang kekal sebagai penyumbang utama ekonomi Malaysia dengan sumbangan sebanyak 67.7 peratus...

Next Post

Implikasi Besar Jika Belanjawan 2021 Tak Diluluskan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd